Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Monday, June 11, 2012

KPJ Dating



Malang tidak berbau, kalau berbau dah lama orang akan mencari ikhtiar menghalang malang dari melanda diri masing-masing. Kisah ni dah lama rasanya tapi saja nak share pengalaman mcm mana rasanya duduk di hospital. Berdate dengan doktor-doktor yang berusia tapi still handsome hehehehehe.. ni kisah rentetan  aku p Port Dickson dua bulan yang lepas.. alah kisah aku jatuh hari tu la.. kaki aku ni bertukar jadi blue hippo, langsung x blh nak gerak.. berjalan pon terincut2..
Tag... Tag me

Breakfast nampak mcm special kann

Hari Pertama

Feeling agak-agak tak suke duduk hospital tapi di sebabkan keesokan hari nya aku kena buat MRI scan terpaksa lah kan,  jam 9 malam baru aku chek in kat hospital .. sempat ga aku menjamah anis sup utara.. kesian cik siti terpaksa bermalam kat rumah aku without me, x sempat la bergosip sakan.. setakat usik mengusik je la.  Masuk je at wad yang di tempatkan aku da mula risau.. memandangkan suasana hospital agak scary. Dalam bilik aku tu di khaskan untuk empat orang tapi ada tiga pesakit je yang ada maknanya ada satu katil kosong, katil tu pulak betul2 bertentangan katil aku. Kesemua katil dipisahkan dengan langsir dan mempunyai tv  14 inci, siap dengan astro J.. sebelah katil aku ada seorang makcik berketurunan Melayu,  and katil yang bertentangan makcik tu orang india.. ok lah relex la sikit sb aku x ke seorangan kat wad tu.. 
Nurse tu cakap kat aku thick meat :)

Hari Kedua

Pagi2 lagi aku da kena puasa sb nak buat MRI and ujian darah, tetetiba nurse bawa wheel chair kat aku diorang nak hantar ke bilik MRI.. time scanning MRI tu aku boleh pl tertidur, even mesin tu bising, kalau tengok macam pembakar roti plk benda ni.. balik je dr chek up tadi Makcik Melayu yang dok sebelah katil aku tu dah chek out , tinggal aku dgn makcik india.. x lama tu DR Askandar pakar neurologi datang then buat marking kat lutut ku yang comel nie.. siap kate nanti kite nak teropong lutut.. kepala aku plk fikir, cam ne nak teropong lutut…. Dri jam 8.30 pagi sampai jam 4.30 ptg aku still berlapar sb jap g aku kena buat minor surgery. bila minor surgery siap ni la rupa lutut hamba.
ni rupa lutut ku yang di teropong oleh DR ASKANDAR

Hari Ketiga

Waaa……. Makcik india tu nak balik plus aku x makan lagi pihak hospital lupa nak kasih aku makan. Masa nurse ambil bacaan suhu badan sempat juga aku tanya dalam hospital yang besar ni berapa orang pesakit yang ada.. selemba je nurse tu cakap 10 orang.. mak aii hospital punya besar sekali lagi 10 orang je pesakit yang ada.. kalau makcik india tu bla mean tinggal la aku seorang.. time tu mula la terbayang cerita Thailand fasal hantu yang roh berganti..  argh tak boleh jadi if aku dok hospital aku jadi malas, asyik tidur je.. yang sakit lutut tapi if terbaring je macam ni mau sakit satu badan. Hm aku terus call kakak suh pick up aku kat hospital… confident je blh kuar kan padahal DR Askandar x kate ape lagi. Tapi aku minta Dr Kuarkan aku dari tempat nie.. setelah di uji kaji memang sah aku boleh kuar dari hospital nie.. yesss good bye scary hospital. Tapi aku kena tunggu 3 jam untuk pihak hospital settelkan urusan dengan insurans. Bila aku register keluar je aku pon dapat la amount rasmi dari pihak KPJ tuh dia nasib baik insurance cover kalau x,… jual si milo pon belum tentu boleh bayar bil hospital  TERIMA KASIH GREAT EASTERN x sia-sia aku jadi pelanggan ko.. hari ini anda membuktikan  kemampuan anda.

The Bill

Mak aiii Mahal nyer

Mujur Ada Magic card ni with the LOGO


Kaki ai dah sembuh :)

Sunday, June 10, 2012

APRIL with tear

Wajah riang ria mereka mendapat tajaan bercuti dari banker Allyia

Hello Seremban … yahoo cuti-cuti Malaysia .. niat hati nak jumpa my third sis. Dia menyertai sukan kat seremban.. so alang2 da kem die dekat dengan PD aku pon angkut la my second sisi and lil brother sesama.. Baru best meriah sikit dalam kereta. Macam2 hal berlaku sepanjang jalan mula2 sesat kt tengah2 bandar raya KL, rupa-rupanya banyak jalan yang ditukar haluannya..sign board pon x guna time tu semua membawa jalan yang sama. Akhirnya terlepas juga kami kat pusaran  kebingungan tu…sepanjang jalan riuh rendah.. menyanyi, gossip2 kampung halaman semua menjadi Topik perbualan kami.. sehinggalah sampai ke destinasi.. malangnya hari yang sepatutnya hari aku bersuka ria menikmati air laut yang biru menjadi tragedi April.. mungkin di sebabkan lalai.. pandang kiri dan kanan, atas dan bawah tapi lupa nak pandang kat mana kaki menapak akibatnya.. jatuh tersembam menyembah bumi..dah lah mencium jalan tar kaki tetiba kebas.. tak boleh nak gerak2  menangis sambil ketawa, nangis sebab sakit..ketawa sb kebodohan diri sendiri.. masa tu kaki da start membengkak.. tapi disebabkan kedegilan yang aku warisi turun menurun aku boleh plk layan naik banana boat dengan siblings aku kan.. siap buat bunyi Tarzan ..  akibat kedegilan itu kaki aku semakin teruk siap p hospital kerajaan lagi buat scan tapi Dr kate x de ape2 terseliuh sikit je.. tapi da dekat sebulan aku still tak boleh jalan dengan sempurna.. what abad day….
Rupa bentuk kaki ku di ketika itu