Sunday, July 1, 2012

Hari Ahad Yang Indah

Liatny nak bangun kalau bukan kerana terpujuk dengan rayuan my sis, memang x hingin aku nak menapak ke sek 13 Shah Alam..Bagi sesiapa yang memang stay kat shah alam ni memang tahu lah apa yang berlaku di sekitar sek 13 setiap hari Ahad. Masa ni para ibu-ibu akan beratur panjang untuk mendapatkan bahan mentah sama ada yang kering atau pun basah .
sape nak bagi harga murah gle mcm nie

Stok setahun


Bilis Susu / Bilis Jepun

Ni sedap kalau buat pageri nenas kan









Tengah sibuk my sis memilih ikan ku plk sibuk nak capture pic, ala bukan guna DSLR pun, guna hand phone yang tak berapa canggih nie. Bila tengok ikan yang segar ni terliur plk kan, yelah kalau nak harap aku masak memang x kan siap lah kalau sehari. Sebab aku ni masak ikut mood, kalau mood aku baik maka semua hidangan  akan secukup rasa, bila mood aku tunggang langgang maka semua masakan akan rasa air laut. Pasar pagi sek 13 ni macam- macam ada harga pun agak berpatutan, malah lebih murah daripada jangkaan.  Nak beli baju beres di sini berderet-deret  gerai yang boleh dikunjungi tinggal nak pilih colour je, nak yang macam rimau ada, singa ad, even mengkarung skin pun ada.
yang ni kita masak ketupat sotong ye, x pon buat sambal

ikan ni kita buat masak kari je la, x pun buat lauk nasi dagang

serious benda ni seddap tapi malangnye aku x reti nak kopek cam ne..

Acik ni senyum2 je bila kau minta izin nak capture pic

Tengah berjalan-jalan, ni yang boleh buat meroyan satu badan aku jumpe si comel ni tengok sempat berpossing sakan depan aku kan. Bukan tu je di sebelah  gerai kucing ni ada jual ikan laga, sorry aku tak tahu nama saintifik  ikan ni, kalau korang nak tahu Google je la ye. Maaf entry ini sangat tidak membantu.

hallo ee.. malu la hehehehehe


Bagi pengemar handbag tapi tak mampu nak beli sebab brand tu agak juta ria, meh datang gerai ni.. memang la tak ori tapi tetap cantik kan, aloh macam aku tak tahu kite ni orang perempuan setahun paling koman tukar bag or hand bag dalam 4 – 5 kali kan, jangan nak tipu.. setiap new arrive kalau boleh nak buat collection. Tapi nak buat ape kalau mahal sangat beli je la yang imitate. Senyum sikit tak payah keluar budget riban-riban. Kalau ada sesiapa yang nak bercadang datang kat sini tolong singgah kedai char kuew teow sangat sedap okay, sampai beratur-atur lah orang nak tapau balik dan makan kat sini.  Jom enjoy the view.. saje nak share  benda ni.. kot2 kot ada di antara kita tak pernah ke pasar (cehah sambil tengok syiling)





Di tengah-tengah kesibukan peniaga industri kecil / sederhana ada lah pulak satu boots yang agak menarik perhatian aku kan, kesian tengok sebab x de orng pun nak singgah, sb boots ni tengah but survey tentang tahap pengetahuan orang ramai tentang gejalah rasuah dalam pekhidmatan awam. setelah menjawab soalan aku dapat la benda ni





No comments:

Post a Comment