Wednesday, July 18, 2012

Seharum Dia

pagi ini hujan lebat melanda, nasib baik ada driver yang tidak dibayar gaji, kalau tak memang basah kuyup aku pagi ni. kalau diturutkan  hati, sedapnya menlenakan diri kat atas tempat beradu ni.. tapi disebabkan tuntutan kerja kena merajinkan diri. kang tak pasal2 mendapat rekod terburuk di dunia ini. sejak dua menjak nie.. asyik hujan je kat Shah alam ni.. sejuk die jangan cakap lah sampai menusuk tulang. kalau dulu selimut kat bilik sekadar alas je.. tetapi tidak lagi sekarang .. silap2 berbungkus satu badan mcm orang yang di kafankan. mungkin yang membezakannya adalah kafan aku tu ada bunga-bunga siap tertera jelas senyuman sponge bob dan patrick yang sedang mengejar jellybean pink. saat-saat mcm ni si Milo juga turut menumpang teduh memanaskan badan kira share selimut la. mungkin bulu die tak cukup kuat menghalang daripada kesejukan.
sampai je kat office pagi ni, member office bawa macam2 makanan pulak.. murah hati sungguh aku pula mkn je la dah org jemput tak baik menolak kan "DOSA" ceh dan dan je dosa kan. heheheheehe macam mana nak kurus nie.. dont worry tea herbalife yang aku bancuh pagi nie buat bekal kat office boleh membantu. tapi da empat kali aku masuk toilet akibat penangan HL.
pertama kali masuk toilet pagi nie mendatangkan satu perasaan.. getaran yang hebat bukan kerana ada hantu toilet tapi ada satu haruman yang buat aku resah.. ya ampun wangi sangat mcm hugo man. aku duduk la dalam 30 min kat toilet sebab nak menikmati bau yang sungguh harum itu.. tiba2 adalah adik indonesia ni masuk sempat la juga interview sebentar.
Aku : Dik ada nampak tak sesiapa masuk toilet ni tadi
Adik Indonesia : gak nampak kak, emangnya aku aja yang keluar masuk dari tandas ni . dari sore tadi emang aku aja yang keluar masuk.
Aku : hmm tapi wangi juga perfeum ni kan ( Confident je cakap ayat ni )
Adik Indonesia : Perfeum ?
Aku : ye..
Adik Indonesia : sebenarnya itu bukan perfeum tapi pewangi tandas
Aku : erk
tapi memang wangi yang amat la.. teringat seseorang bila bau nie. Hugo man.. suka la bau ni , x pe la pewangi toilet pon x kisah wangi. itulah antara pendorong masuk toilet awal pagi :)
that smell exactly same with this brand


No comments:

Post a Comment