Friday, July 6, 2012

Misi dan Visi

Mempunyai tubuh yang agak montel mungkin agak menyusahkan untuk diri ku, ye la bayang kan daripada menggunakan saiz M bertukar menjadi XL sangat2 lah menyakitkan hati. Apatah lagi bila mahu membeli belah pasti ada je yang tak kena yang tu x masuk lagi bila bertemu dengan rakan persekolahan ketika muda belia. Namun acap kali reunion di laungkan belum ada satu pun yang pernah aku hadiri. Yelah malas menjadi topik hangat yang di bualkan nanti. Cukup-cukuplah dengan pertanyaan rakan se-universiti.  Kekadang sakit juga hati bila terkena sedas dua perlian yang ditembak khas untuk ku. Jadi menjelang umur ke 29 tahun. Dengan ini aku mengumumkan akan berusaha sedaya yang mampu hingga hujung nyawa mahu mencapai saiz M yang di idamkan.

Misi menguruskan badan akan berlangsung dalam minggu ini, nak kurus sebab nak sihat ( nah! tu biasa alasan orang nak cover malu) tetapi bagi aku misi ini adalah untuk majlis kawen my sis this end of year, nak comey2 sikit al maklumlah aunty aku tu semua nye mulut x de penapis, kalau ada pun mesti ada je bocor kat mana-mana kt penapis tu.. lagi-lagi semua cousin yang sebaya or yang da dewasa da masuk ke alam berkeluarga. faham-faham je lah soalan maut yang sentiasa menanti. kalau tak tahan hati mau emo sebulan. 
Tahun ni saja nak tunjuk kat group mak limah ai menarik dan da tak dabomm.  Lagi pun nak pakai baju yang comey2.  Lagi satu ada misi tersembunyi. Hehehe x boleh nak bocor nanti kena gelak. Tapi yang pastinya ni semua proses untuk tahun 2014. Nanti ai kongsikan beberapa cara nak diet.. tapi kena tgk kesan kat diri sendiri dulukan takut x menjadi buat malu sendiri je.


No comments:

Post a Comment