Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Misi dan Visi

Mempunyai tubuh yang agak montel mungkin agak menyusahkan untuk diri ku, ye la bayang kan daripada menggunakan saiz M bertukar menjadi XL sangat2 lah menyakitkan hati. Apatah lagi bila mahu membeli belah pasti ada je yang tak kena yang tu x masuk lagi bila bertemu dengan rakan persekolahan ketika muda belia. Namun acap kali reunion di laungkan belum ada satu pun yang pernah aku hadiri. Yelah malas menjadi topik hangat yang di bualkan nanti. Cukup-cukuplah dengan pertanyaan rakan se-universiti.  Kekadang sakit juga hati bila terkena sedas dua perlian yang ditembak khas untuk ku. Jadi menjelang umur ke 29 tahun. Dengan ini aku mengumumkan akan berusaha sedaya yang mampu hingga hujung nyawa mahu mencapai saiz M yang di idamkan.

Misi menguruskan badan akan berlangsung dalam minggu ini, nak kurus sebab nak sihat ( nah! tu biasa alasan orang nak cover malu) tetapi bagi aku misi ini adalah untuk majlis kawen my sis this end of year, nak comey2 sikit al maklumlah aunty aku tu semua nye mulut x de penapis, kalau ada pun mesti ada je bocor kat mana-mana kt penapis tu.. lagi-lagi semua cousin yang sebaya or yang da dewasa da masuk ke alam berkeluarga. faham-faham je lah soalan maut yang sentiasa menanti. kalau tak tahan hati mau emo sebulan. 
Tahun ni saja nak tunjuk kat group mak limah ai menarik dan da tak dabomm.  Lagi pun nak pakai baju yang comey2.  Lagi satu ada misi tersembunyi. Hehehe x boleh nak bocor nanti kena gelak. Tapi yang pastinya ni semua proses untuk tahun 2014. Nanti ai kongsikan beberapa cara nak diet.. tapi kena tgk kesan kat diri sendiri dulukan takut x menjadi buat malu sendiri je.


Thursday, June 14, 2012

lagu cinta

my own design jangan pandai2 cilok dr sini ye.. kalau nak kena bg credit on this blog

Ok dari pagi lagi aku sentiasa terfikir benda ini, betul ke lagu mempengaruhi emosi semasa pendengar .. ye la kalau putus cinta mesti nak dengar lagu putus cinta dalam 4 lima kali sehari.. pas tu boleh plk terasa lagu itu memang di dedikasi kepada empunya diri, dan dan plk air mata  bertakung di tubir mata ewah..hahaha kelakar pulak kan.. tapi saya pernah mengalami benda macam nie.. alah sesiapa pun pernah merasa proses mendewasakan diri.. ni jadi masa umur kanak2 rebena dulu la.. time tu berkenan dengan seorang budak lelaki sekali lagi budak ni da ada mak we.. waaaa asyik kena reject je ni, ye lah aku sedar siapa diri ini kan dah lah hitam legam, pas tu ketot, belajar pun x pandai masa tu..dalam kesedihan tu aku pun layan la lagu2 rock kapak.. balada .. dan seangkatan dengannya yang penting jiwang  tangkap leleh punya lah. Lama juga lah aku berkabung dengan lagu2 menyayat jiwa ni sampai mak aku boleh hafal lirik2 lagu nie semua. Siap tahu arrangement lagu2 ni. Oh my mum sangat sporting.. kalau ada di antara cousin2 aku dalam dilema percintaan my mum jadi dr love. Cuma aku je la yang x pernah cerita kat mak.. kang tak pasal2 die buat laporan khas setebal 2000 muka surat untuk abang aku.. masa tu gerun la dengan abang, bayangkan kalau nak potong rambut pon kena tunggu abang balik x de org boleh sentuh rambut aku nie. Kalau abang balik 3 tahun sekali maka rambut aku pon akan panjang macam ekor kuda.. siap mengeluarkan hasil2 lagi but NO KUTU ye.  

Saat2 indah bercinta tiga bulan pertama je, ketika tu orang tengah mengenali hati budi masing2. Kemana2 je mesti berkepit, kalau boleh nak g toilet pon nak si dia temankan kan.. mula la menengar lagu2 cinta yang tengah bersemarak contoh here waiting for you ke..hero ke… aku cinta pada mu ke..delova ke.. sedang ingin bercinta ke.. dewi ke.. haih banyak lah lagu2 yang saling bersangkut paut hati tengah bernyanyi senang.. aku masih ingat lagi masa cousin aku dapat surat cinta pertama dari budak kampung, tetiba terkantoi plk surat tu sampai kat tangan mak dulu.. die panggil aku dengan cousin datang kat beranda then baca surat tu sambil tergelak2, muka cousin aku merona merah time tu tapi masih tersimpul senyuman.. malu2 kucing katakan .. ye lah sampai sekarang even my cousin tu dah kawen  ayat2 dalam surat tu sentiasa menjadi bahan usikan kepada anak2 sedara yang lain. Hantaran meninias.. hahahahhaha sorry Lynda termasuk plk nama ko kat sini.. cannot do anything with this memory
ok meh kit kongsi lirik lagu yang mencengkam jiwa aii buat masa kini :
HYPER ACT
Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya
http://www.youtube.com/watch?gl=MY&v=qc9VWLOpiAk