baru aku sedar rupanya bukan senang nak maintain cantik forever. lagi2 perkara yang berkaitan dengan berat badan. dulu time muda remaja berat aii hanya 55 kg, sekarang hambik kau da mencecah 85 kg. bagi seorang perempuan of coz benda ni akan menghantui emosi sepnjang hayat, bayangakan aii bertarung hampir 7 tahun nak menyelimkan kembali body ku yang montel ini. katakan apa sahaja produk kt pasaran yang berkaitan dengan kecantikan semua ada kat hujung jari aii je. kalau aii nak jadi consultant kecantikan memang layak sangat la. tapi keadaan fizikal ku yang tidak mengizinkan so pendam kan je lah hasrat yang separa murni itu. tapi aii ada nasihat untuk u'olls kat luar sana yang memang di takdirkan selim walaupun makan mcm bela hantu raya, tolong la hormati perasaan orang lain yang berbodi agak bam bam. sensitive la sikit dengan keadaan insan terpilih ini.. bagi yang bam2 jangan lah rasa rendah diri, positive la selagi boleh yang penting kena happy and berusaha mencari alternative kecutkan badan. x pe kalau x kurus sangat pn yang penting sihat terhindar daripada kencing manis, sakit jantung, asthma, diabetes, high blood pressure or what so ever. kena bangga jadi diri sendiri. kita if bam2 jangan la cepat terasa if org Tanya da berapa org anak atau "eee gemuknya" just leave that comment behind. sesungguhnya kebenaran itu menguris hati I know coz I have been that situation.
setelah berjuang agak lama akhirnya dengan izin ALLAH tahun ini aii Berjaya kurang kan berat alhamdulilah. betullah kata ustaza aii kita if nak buat something harus lah istiqamah.. sabar dan juga berserah pada Allah. lagi pun my Mr. flower menyokong aii daripada aii kecik sampai la besar alah tong drum kemudian kecut sikit. hati aii gembira bila dulu size baju aii XL now jadi M.. ske ske ske.. aii nk jadi pengantin paling HOT!!!! untuk Mr.Flower. aii insyallah kalau boleh x nak kembang dah.. seksa nak cari baju and kasut.. plus seluar pun ada brand tertentu je boleh pakai. heels pn x boleh pakai..now I nak aim berat ideal untuk ketinggian aii yang x berapa tinggi ini. soo untuk girls yang bam2 mcm aii lets be positive berusaha dapatkan body megan fox.. atau sesexy Beyoncé. x pn kita aim dapatkan body macam KIla Fiary ....hehehehehe
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
Saturday, September 7, 2013
keluhan si Montel
Sunday, June 24, 2012
gossip gossip
Apa topik yang selalu dibincangkan sekiranya korang jumpe
kawan?
Masa kecik 2 umur lebih kurang 5 – 12 tahun
Cerita biasanya fasal kartun kat tv, Boboboi dpat tewaskan Fang
dalam pertandingan bola sepak walau pon en bos a.k.a adodo main tipu. Gopal selamatkan gawang dengan bantuan biskut Yaya
yang keras macam batu dan menukarkan bola jadi gula2 kapas yang akhirnya
masuk ke pintu goal akibat tipuan angin.
Kampung upin ipin black out, ramai kawan2 upin dan ipin tak
buat kerja sekolah. Dengan alasan black out.
Akhirnya upin dan ipin menyertai memei main masak2.
13 – 17 tahun
Kau tahu si polan tu suke kat aku, dia pegang tangan aku,
die tulis surat cinta kat aku. Ahaa.. ni biasanya words yang selalu digunakan
ketika umur di peringkat ini.
18-23 tahun
Eh bosan la dgn asgmt ni, nak date pon susah. Aku benci bf
aku curang wahhhhhh pinjam bahu kau nak nangis ni. Aku banyak gf/ Bf.. ada 5 orang kesemuanya. Hari2
aku paw beli perfeum and handphone tu blm masuk Gucci and prada I okayy ( aaa elok la tu jadi blade..) eh!! Itu scandal
I je tapi handsome kan.. dia bla.. bla.. bla.. dia business canopy. Apasal ko makin gemuk… gajah pon takut nak
bersanding dengan ko
24-25 tahun
Eh bila ko nak kawen, tgk aku da sembilan orang anak.. ko
tahu x jj buat sale. Eh bestnya shopa shopping ni meh lah join. Kau tau si tet
da ceraikan tet.. disebabkan Tet. Ko ni x jaga body ke? Ke ko makan batu bata
sekali habis ko balun pinggan seramik mak ko. Tu yang tak tertimbang2
26-30 tahun
Kenapa x kawen lagi ? x sampai seru la, I malas nak pk (
padahal cover line punya ayat ). I terkecewa
yang amat hati I tidak terbuka lagi. Lelaki sekarang x boleh di percayai,
perempuan sekarang materialistik. Mas kawen semakin tinggi hantaran pon x main
le ribu2.. sekarang ni paling komen pun hantaran berbelas2 ribu. Makin tinggi
makin bangga. Mak bapa kalau blh nak anak kawen setaraf dgn artis kurang kurang berpuluh ribu.
Kalau aku alasan aku tak kawen , adalah disebabkan ekonomi
aku tak kukuh lagi. Baru je dapat offer letter last week. X kan kawen dgn air
liur je kan. Cinta dan sayang tu perlu modal. Ada 3 janji yang tak di tunaikan
lagi. So dalam islam pon kite kena tunaikan janji kan. So aku dalam proses (
ayat cover line)
Tuesday, June 19, 2012
Kisah Hati part 1
Kehidupan ini ada banyak perkara yang berlaku di mana ia
mewarnai setiap langkah dalam perjalanan
mendaki usia. Sepanjang 28 tahun aku menghela nafas ini, ada saat-saat yang
sukar yang aku lalui. Di mana saat aku memandang wajah seseorang penuh dengan
kekosongan. Siapa yang tahu hati di toreh penderitaan sedangkan wajah sentiasa bertabirkan
senyuman. Kalau cinta itu di tafsir
sebagai indah aku juga melihat keindahannya dan kalau ia di tafsirkan sengsara
aku juga telah merasakannya. Namun kekuatan manakah yang dipinjamkan Allah menggagahkan
aku melalui setiap babak itu, malah tidak terpalit sedikit pun dendam di hati ini. Adakah kerana aku berserah
merelakan dan meminta yang terbaik untuk ku. Titipan kasih dari yang Esa membuatkan aku
lebih memahami nilai kehidupan sebenar. Saat aku melihat kesedihan di mata
mereka, aku meminjamkan sedikit sayang,
di saat mereka kehampaan aku meminjamkan sedikit harapan, itu kerana aku percaya Allah jadikan manusia
kerana ia saling memerlukan. Namun jika cinta yang di persoalkan aku lupa apakah perisa cinta sebenarnya,
kerana aku percaya apa sahaja yang di tetapkan Allah kepadaku itulah CINTA
sebenar di hati ini.
5 tahun yang lalu
Sedang masa berlalu,
aku memerhatikan dia saat hati di robek kerinduan aku menolak segala
kemungkinan. Tidak mungkin kisah itu berulang kembali, argh! kopi ini terasa
tawar, gila agaknya melihat wajahnya tersenyum membuat aku berada antara alam
separa sedar, ini bukan cerita telenovela jiwa ku memberontak . Sesekali mata
ini melirik ke arahnya.. dia masih seperti dulu. Karismanya tidak terbatas, senyumannya
huh membuat darah ini semakin likat. sayangnya aku sekadar pemuja maya, hati
mula di jentik rasa gila. Tersenyum tanpa sebab mungkin aku sudah terlalu lama
memerhatikan dia, merasa cinta tanpa diucapkan. Aku perlu bertindak kerana dia lelaki aku. Hari
ini lokasi yang sama aku menanti kelibat lelaki itu, sejam berlalu dia masih
tidak muncul dan aku mula di serang rasa
gelisah. Pertanyaan mula bersarang di minda apakah dia tidak akan muncul di
sini lagi. Aku dan dia menjadi penunggu setia
di café ini lebih setahun, dia sentiasa berada di meja yang sama dan aku
sentiasa berada di balik rimbunan pohon ini. Masih terbayang saat pertama kali
melihat kelibat lelaki itu, dia mengalunkan bacaan al-Quran di khalayak ramai. Semua
mata terpaku melihat sosok tubuh itu namun dia hanya tersenyum. Bibir nipis itu
memberi isyarat dia istimewa. Cintakah aku pada dia, atau aku cinta pada apa
yang di ucapkannya.
“
Assalamualaikum” telinga ini masih
sempat menangkap suara itu, lembut dan beralun indah. hati ini merasa getaran yang hebat ibarat ledakan
gunung merapi, terasa sejuk darah yang mengalir di nadi ini. Suara itu, adakah
dia? Aku mengangkat wajah secara perlahan mahu senyum atau bersahaja. Walhal
hati dirodok riang dia di depan mata. “ walaikumsalam” “ apa kamu keseorangan
lagi hari ini?” aku menganggukkan kepala “ mahu aku temani ?” aku mengangguk
lagi, hai hati kenapa kau lebih menguasai gerak geri ini. “ aku udah lama
lihati kamu selalu sendirian ” bibir ku mula mengukir senyuman argh adakah
cinta ku berbalas hari ini. Hati ini mula menari riang, berjoget dendang
sayang. “saya Taufik, asal Indonesia dari jawa barat. Dan kamu siapa ya?” aku
terkesima pemuda yang selalu mencuri mata ini dari negara sebarang rupanya.
Semua itu tidak menjadi masalah bagi ku. Yang penting lelaki itu aku miliki. “
saya Aulia” balas ku pendek. Malunya menatap wajah itu, walau pun indah tapi
hati ini tidak punya kekuatan merenung secara dekat. Taufik mengambil posisi
kini wajah kami bertentangan, kiranya
aku dapat gold class kalau kat GSC. Taufik tersenyum melihat telatah aku yang
tak ke keruan, “ kamu tenang aja ya, aku pingin benar dekati kamu, iya kan udah
lama kita bersemuka cafe ini tapi gak pernah berbicara kayak gini” sambung
taufik sambil meletakan cawan ke posisi
asalnya, bibir itu comel, alis keningnya tebal memukau, kulitnya putih
kemerah-merahan dan hidungnya yang terletak memukau seluruh pandangan ku. “kok
, kamu diam aja, ayo katakan sesuatu” pertanyaan itu menyedarkan aku dari terus
menikmati pemandangan yang indah tu. “aku.. saya.. i… hmm” suara ku
tergagap-gagap cuba menyusun kata, tidak
tahu bagaimana hendak memulakan bicara,
walhal pemuda ini yang selalu aku igaukan, menjadi topik perbualan ku dengan
rakan sekerja. Kini satu peluang terletak di hadapan mata ku tapi kenapa lidah
ini kelu menyatakan sesuatu. Hai hati kenapa ku kejam pada diri ini. Berdegup
lah secara perlahan biar nafas ku teratur tenang dan aku mampu mengawal emosi
yang tiba-tiba bertukar rasa ini. “ dah.. lama tinggal kat Malaysia ?” kata ku
perlahan what ini je ayat yang terpacul di bibir ini, aku nak tanya benda lain,
aku nak tahu dia masih bujang ke? ada girlfriend ke? Yang penting adakah
dia merasa getaran hati yang sama. “ kira-kira udah 3 tahun aku di sini, kantor
yang aturkan segala-galanya, aku masih single gak punya teman yang
dibilangi awek” terang taufik sambil tersenyum, saat melihat
dia tersenyum segala busur dewa cinta menghala ke hati ku, boleh angau
dibuatnya. tahu-tahu sahaja dia apa yang terlintas di kepalaku ini. Setengah jam
berlalu tanpa ku sedari kalau lah bukan kerana panggilan Hana pasti aku masih
terpacak melayani Taufik , mendengar segala omelanya.
Tempikan suara Dato Ridzuan menggegarkan seluruh warga
pejabat. Dari jauh aku mendengar nama ku di sebut setiap perbicaraan. Kadang-kadang
alunan suara Dato Ridzuan kedengaran sangat tegas kadangkala sedikit perlahan,
sukar bagi ku menangkap setiap bait-bait katanya. Sedang di dalam hati ini
resah mula bersarang menerpa bergolak di jiwa. Tiba-tiba satu sentuhan lembut
hinggap di bahu ku membuatkan aku sedikit panik. “ Aulia , bos nak jumpa” Hana
tersenyum mesra sambil membetulkan posisi tudungnya “ dah.. apasal muka kau ni
pucat semacam, takut ek?” hana menduga ku lagi “ eh, nak takut apa, aku bukan
bersalah pun” pintas ku menutup resah. Mati aku kali ini, pasti perkara yang di
bangkitkan kali ini terlalu serius, kalau tidak manakan suara Dato Ridzuan
terlolong seperti Tarzan menerkam ke setiap cuping telinga pekerja hari ini . Aku
segera meninggalkan Hana mengatur langkah ke bilik pengarah besar, aku cuba
menyusun strategi agar terlepas dari mala petaka ini. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pejabat
Dato Ridzuan semua mata tertumpu pada diri ku, seperti bintang filem rasanya. Yang
berbeza pandangan yang diberikan penuh dengan amarah. “ Aulia saya nak tanya
ni, siapa arahkan awak menulis artikel skandal ahli politik ni?” lontaran suara
Dato Ridzuan berkumandang sedikit tegas, “ err.. puan Rukiah Dato” gugup nya
rasa bila pandangan tajam itu menikam diri ini “ tapi saya tak suruh kamu
mengekori beliau dan menyiarkan gambar berkaitan” puan Rukiah mencelah, hari tu
bukan main lagi dia tarbiah aku fasal etika kewartawanan harus telus dan sahi,
apasal pula hari ini kenyataan dia sangat berlainan. Aku hanya mampu memberikan
pandangan kosong di saat puan Rukiah mula membela diri. Bukankah kalau mahu
menulis sesuatu harus sertakan bukti. “Apa salah saya? Saya mempunyai bukti yang cukup menulis artikel ini dan ia seharusnya
tidak menimbulkan isu” aku cuba bertegas dalam keadaan gementar, siapa yang
mahu dipersalahkan sekiranya kesemua etika bekerja sudah di terapkan ketika
menjalankan tugas “ ni siapa yang nak
bertanggungjawab” Dato Ridzuan melemparkan notis saman bernilai dua juta ke atas meja” awak tahu tak di sebabkan
tindakan awak ini syarikat mengalami tekanan besar, awak mengheret saya ke
jalan buntu” Dato Ridzuan menghentak meja, saat ini aku rasa nak menangis, aku
tidak bersalah susah sangat ke nak faham. Aku ada bukti yang sahi yang relevan
dan saksi kejadian, mengapa artikel itu masih dipersalahkan. Aku mengunci
mulut, tiada apa yang harus di perkatakan sudah nyata dan jelas mereka tetap
menyalahkan aku walau pun aku sudah memberikan seribu penjelasan. Tiga jam di
dunia kemarahan pihak atasan akhirnya aku di lepaskan dengan satu syarat,
menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada individu
berkenaan.
Dari jauh lagi mata ku sudah menangkap kelibat tubuh Hana
yang sudah terpakir di tepi meja. Tidak habis di soal siasat oleh pihak atasan
kini giliran Hana pula bertanyakan isu yang hangat di perkatakan. Aku hanya
mampu memberikan ringkasan kepada Hana, sakit hati ini bila teringat kejadian tadi.
“ Ingat Aulia, permohonan maaf itu harus disiarkan esok” suara itu menghentikan
perbualan hana dan aku, mata in sempat melihat Puan Rukiah tersenyum sinis. Dalam
hati ini aku nak sumpah dia jadi sesumpah.
bersambung.........
Labels:
aulia,
cerpen,
cinta,
kecewa,
kisah hati,
line novel,
novel,
sedih cerai,
tahun,
taufik
Monday, June 18, 2012
citarasa CINTA
Sempurna
kisah cinta yang tak sempurna
Kau dan aku berbeza
Mencari sesuatu yang sama
Di sebalik cermin-cerminan yang indah
Dunia
Memiliki sesuatu yang sempurna
Kau dan aku satu kisah yang nyata
Berlari atas gelora
Mencari nilai yang
tiada
Membina sesuatu yang telah binasa
Seiring dan senada
Berpaut pada janji yang maya
Yang indah
Melerai tinta yang
terjalin
Menyimpul dua rasa
Merungkai satu peristiwa
Biar kau dan aku berbeda
Yang kita rasa dan Yang kita leka Adalah atas biasan Cinta
Saturday, June 16, 2012
![]() |
Tadi tengah sibuk mencari barang persiapan kawen kakak
aku. Aku tiba-tiba terfikir tentang atur cara majlis, di sebabkan aku ni
kira orang penting dalam majlis tu nanti harus la aku menyibukkan diri kan.
AKU : kakak atur cara majlis nak buat macam mana ek? Malam
tu b4 nikah tu nak buat ape2 x?
KAKAK : kita buat malam berinai, lepas tu kita pukul gong
buat mini party untuk family.
AKU : x mahu buat bacaan al-quran ke?
KAKAK : Aa’ la
Tetiba je suasana senyap aku dgn tunang akak berpandangan
sesama sendiri. Nak la juga aku cakap tapi takut die kecik hati. Tapi sebab dah
tak boleh tahan aku luah kan juga lah.
AKU : aa ko nak baca surah ape?
KAKAK : mmmmm…
( aik senyap pulak dia ni .. Tu dalam hati aku la )
AKU : hah aku tau ko baca la ALIF.. BA… TA… sampai TSA ko
tanya aku
Tunang akak dengan akak ikut gelak.. dah tu la penangan
orang yang buta Al-Quran. Memang agak
memalukan kalau tak reti baca Al-Quran, tpi jangan la malu kan if betul-betul
nak belajar. Malu sesat jalan. Saya percaya ramai orang yang tak begitu reti
nak baca al-Quran. Moh la kita belajar baca sesama
Thursday, June 14, 2012
lagu cinta
![]() |
| my own design jangan pandai2 cilok dr sini ye.. kalau nak kena bg credit on this blog |
Ok dari pagi lagi aku sentiasa terfikir benda ini, betul ke
lagu mempengaruhi emosi semasa pendengar .. ye la kalau putus cinta mesti nak
dengar lagu putus cinta dalam 4 lima kali sehari.. pas tu boleh plk terasa lagu
itu memang di dedikasi kepada empunya diri, dan dan plk air mata bertakung di tubir mata ewah..hahaha kelakar
pulak kan.. tapi saya pernah mengalami benda macam nie.. alah sesiapa pun
pernah merasa proses mendewasakan diri.. ni jadi masa umur kanak2 rebena dulu
la.. time tu berkenan dengan seorang budak lelaki sekali lagi budak ni da ada
mak we.. waaaa asyik kena reject je ni, ye lah aku sedar siapa diri ini kan dah
lah hitam legam, pas tu ketot, belajar pun x pandai masa tu..dalam kesedihan tu
aku pun layan la lagu2 rock kapak.. balada .. dan seangkatan dengannya yang
penting jiwang tangkap leleh punya lah. Lama
juga lah aku berkabung dengan lagu2 menyayat jiwa ni sampai mak aku boleh hafal
lirik2 lagu nie semua. Siap tahu arrangement lagu2 ni. Oh my mum sangat sporting..
kalau ada di antara cousin2 aku dalam dilema percintaan my mum jadi dr love. Cuma
aku je la yang x pernah cerita kat mak.. kang tak pasal2 die buat laporan khas
setebal 2000 muka surat untuk abang aku.. masa tu gerun la dengan abang,
bayangkan kalau nak potong rambut pon kena tunggu abang balik x de org boleh
sentuh rambut aku nie. Kalau abang balik 3 tahun sekali maka rambut aku pon
akan panjang macam ekor kuda.. siap mengeluarkan hasil2 lagi but NO KUTU ye.
Saat2 indah bercinta tiga bulan pertama je, ketika tu orang
tengah mengenali hati budi masing2. Kemana2 je mesti berkepit, kalau boleh nak
g toilet pon nak si dia temankan kan.. mula la menengar lagu2 cinta yang tengah
bersemarak contoh here waiting for you ke..hero ke… aku cinta pada mu ke..delova
ke.. sedang ingin bercinta ke.. dewi ke.. haih banyak lah lagu2 yang saling
bersangkut paut hati tengah bernyanyi senang.. aku masih ingat lagi masa cousin
aku dapat surat cinta pertama dari budak kampung, tetiba terkantoi plk surat tu
sampai kat tangan mak dulu.. die panggil aku dengan cousin datang kat beranda
then baca surat tu sambil tergelak2, muka cousin aku merona merah time tu tapi
masih tersimpul senyuman.. malu2 kucing katakan .. ye lah sampai sekarang even
my cousin tu dah kawen ayat2 dalam surat
tu sentiasa menjadi bahan usikan kepada anak2 sedara yang lain. Hantaran
meninias.. hahahahhaha sorry Lynda termasuk plk nama ko kat sini.. cannot do
anything with this memory
ok meh kit kongsi lirik lagu yang mencengkam jiwa aii buat masa kini :
HYPER ACT
Bicara mimpi ituMengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,
Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Solo. C/O
Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya
http://www.youtube.com/watch?gl=MY&v=qc9VWLOpiAk
Subscribe to:
Posts (Atom)

