Saturday, June 16, 2012



Tadi tengah sibuk mencari barang persiapan kawen kakak aku.  Aku tiba-tiba terfikir  tentang atur cara majlis, di sebabkan aku ni kira orang penting dalam majlis tu nanti harus la aku menyibukkan diri kan.

AKU : kakak atur cara majlis nak buat macam mana ek? Malam tu b4 nikah tu nak buat ape2 x?

KAKAK : kita buat malam berinai, lepas tu kita pukul gong buat mini party untuk family.

AKU : x mahu buat bacaan al-quran ke?

KAKAK : Aa’ la

Tetiba je suasana senyap aku dgn tunang akak berpandangan sesama sendiri. Nak la juga aku cakap tapi takut die kecik hati. Tapi sebab dah tak boleh tahan aku luah kan juga lah.

AKU : aa ko nak baca surah ape?

KAKAK : mmmmm…

( aik senyap pulak dia ni .. Tu dalam hati aku la )

AKU : hah aku tau ko baca la ALIF.. BA… TA… sampai TSA ko tanya aku

Tunang akak dengan akak ikut gelak.. dah tu la penangan orang yang buta Al-Quran.  Memang agak memalukan kalau tak reti baca Al-Quran, tpi jangan la malu kan if betul-betul nak belajar. Malu sesat jalan. Saya percaya ramai orang yang tak begitu reti nak baca al-Quran. Moh la kita belajar baca sesama

No comments:

Post a Comment