Kehidupan ini ada banyak perkara yang berlaku di mana ia
mewarnai setiap langkah dalam perjalanan
mendaki usia. Sepanjang 28 tahun aku menghela nafas ini, ada saat-saat yang
sukar yang aku lalui. Di mana saat aku memandang wajah seseorang penuh dengan
kekosongan. Siapa yang tahu hati di toreh penderitaan sedangkan wajah sentiasa bertabirkan
senyuman. Kalau cinta itu di tafsir
sebagai indah aku juga melihat keindahannya dan kalau ia di tafsirkan sengsara
aku juga telah merasakannya. Namun kekuatan manakah yang dipinjamkan Allah menggagahkan
aku melalui setiap babak itu, malah tidak terpalit sedikit pun dendam di hati ini. Adakah kerana aku berserah
merelakan dan meminta yang terbaik untuk ku. Titipan kasih dari yang Esa membuatkan aku
lebih memahami nilai kehidupan sebenar. Saat aku melihat kesedihan di mata
mereka, aku meminjamkan sedikit sayang,
di saat mereka kehampaan aku meminjamkan sedikit harapan, itu kerana aku percaya Allah jadikan manusia
kerana ia saling memerlukan. Namun jika cinta yang di persoalkan aku lupa apakah perisa cinta sebenarnya,
kerana aku percaya apa sahaja yang di tetapkan Allah kepadaku itulah CINTA
sebenar di hati ini.
5 tahun yang lalu
Sedang masa berlalu,
aku memerhatikan dia saat hati di robek kerinduan aku menolak segala
kemungkinan. Tidak mungkin kisah itu berulang kembali, argh! kopi ini terasa
tawar, gila agaknya melihat wajahnya tersenyum membuat aku berada antara alam
separa sedar, ini bukan cerita telenovela jiwa ku memberontak . Sesekali mata
ini melirik ke arahnya.. dia masih seperti dulu. Karismanya tidak terbatas, senyumannya
huh membuat darah ini semakin likat. sayangnya aku sekadar pemuja maya, hati
mula di jentik rasa gila. Tersenyum tanpa sebab mungkin aku sudah terlalu lama
memerhatikan dia, merasa cinta tanpa diucapkan. Aku perlu bertindak kerana dia lelaki aku. Hari
ini lokasi yang sama aku menanti kelibat lelaki itu, sejam berlalu dia masih
tidak muncul dan aku mula di serang rasa
gelisah. Pertanyaan mula bersarang di minda apakah dia tidak akan muncul di
sini lagi. Aku dan dia menjadi penunggu setia
di café ini lebih setahun, dia sentiasa berada di meja yang sama dan aku
sentiasa berada di balik rimbunan pohon ini. Masih terbayang saat pertama kali
melihat kelibat lelaki itu, dia mengalunkan bacaan al-Quran di khalayak ramai. Semua
mata terpaku melihat sosok tubuh itu namun dia hanya tersenyum. Bibir nipis itu
memberi isyarat dia istimewa. Cintakah aku pada dia, atau aku cinta pada apa
yang di ucapkannya.
“
Assalamualaikum” telinga ini masih
sempat menangkap suara itu, lembut dan beralun indah. hati ini merasa getaran yang hebat ibarat ledakan
gunung merapi, terasa sejuk darah yang mengalir di nadi ini. Suara itu, adakah
dia? Aku mengangkat wajah secara perlahan mahu senyum atau bersahaja. Walhal
hati dirodok riang dia di depan mata. “ walaikumsalam” “ apa kamu keseorangan
lagi hari ini?” aku menganggukkan kepala “ mahu aku temani ?” aku mengangguk
lagi, hai hati kenapa kau lebih menguasai gerak geri ini. “ aku udah lama
lihati kamu selalu sendirian ” bibir ku mula mengukir senyuman argh adakah
cinta ku berbalas hari ini. Hati ini mula menari riang, berjoget dendang
sayang. “saya Taufik, asal Indonesia dari jawa barat. Dan kamu siapa ya?” aku
terkesima pemuda yang selalu mencuri mata ini dari negara sebarang rupanya.
Semua itu tidak menjadi masalah bagi ku. Yang penting lelaki itu aku miliki. “
saya Aulia” balas ku pendek. Malunya menatap wajah itu, walau pun indah tapi
hati ini tidak punya kekuatan merenung secara dekat. Taufik mengambil posisi
kini wajah kami bertentangan, kiranya
aku dapat gold class kalau kat GSC. Taufik tersenyum melihat telatah aku yang
tak ke keruan, “ kamu tenang aja ya, aku pingin benar dekati kamu, iya kan udah
lama kita bersemuka cafe ini tapi gak pernah berbicara kayak gini” sambung
taufik sambil meletakan cawan ke posisi
asalnya, bibir itu comel, alis keningnya tebal memukau, kulitnya putih
kemerah-merahan dan hidungnya yang terletak memukau seluruh pandangan ku. “kok
, kamu diam aja, ayo katakan sesuatu” pertanyaan itu menyedarkan aku dari terus
menikmati pemandangan yang indah tu. “aku.. saya.. i… hmm” suara ku
tergagap-gagap cuba menyusun kata, tidak
tahu bagaimana hendak memulakan bicara,
walhal pemuda ini yang selalu aku igaukan, menjadi topik perbualan ku dengan
rakan sekerja. Kini satu peluang terletak di hadapan mata ku tapi kenapa lidah
ini kelu menyatakan sesuatu. Hai hati kenapa ku kejam pada diri ini. Berdegup
lah secara perlahan biar nafas ku teratur tenang dan aku mampu mengawal emosi
yang tiba-tiba bertukar rasa ini. “ dah.. lama tinggal kat Malaysia ?” kata ku
perlahan what ini je ayat yang terpacul di bibir ini, aku nak tanya benda lain,
aku nak tahu dia masih bujang ke? ada girlfriend ke? Yang penting adakah
dia merasa getaran hati yang sama. “ kira-kira udah 3 tahun aku di sini, kantor
yang aturkan segala-galanya, aku masih single gak punya teman yang
dibilangi awek” terang taufik sambil tersenyum, saat melihat
dia tersenyum segala busur dewa cinta menghala ke hati ku, boleh angau
dibuatnya. tahu-tahu sahaja dia apa yang terlintas di kepalaku ini. Setengah jam
berlalu tanpa ku sedari kalau lah bukan kerana panggilan Hana pasti aku masih
terpacak melayani Taufik , mendengar segala omelanya.
Tempikan suara Dato Ridzuan menggegarkan seluruh warga
pejabat. Dari jauh aku mendengar nama ku di sebut setiap perbicaraan. Kadang-kadang
alunan suara Dato Ridzuan kedengaran sangat tegas kadangkala sedikit perlahan,
sukar bagi ku menangkap setiap bait-bait katanya. Sedang di dalam hati ini
resah mula bersarang menerpa bergolak di jiwa. Tiba-tiba satu sentuhan lembut
hinggap di bahu ku membuatkan aku sedikit panik. “ Aulia , bos nak jumpa” Hana
tersenyum mesra sambil membetulkan posisi tudungnya “ dah.. apasal muka kau ni
pucat semacam, takut ek?” hana menduga ku lagi “ eh, nak takut apa, aku bukan
bersalah pun” pintas ku menutup resah. Mati aku kali ini, pasti perkara yang di
bangkitkan kali ini terlalu serius, kalau tidak manakan suara Dato Ridzuan
terlolong seperti Tarzan menerkam ke setiap cuping telinga pekerja hari ini . Aku
segera meninggalkan Hana mengatur langkah ke bilik pengarah besar, aku cuba
menyusun strategi agar terlepas dari mala petaka ini. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pejabat
Dato Ridzuan semua mata tertumpu pada diri ku, seperti bintang filem rasanya. Yang
berbeza pandangan yang diberikan penuh dengan amarah. “ Aulia saya nak tanya
ni, siapa arahkan awak menulis artikel skandal ahli politik ni?” lontaran suara
Dato Ridzuan berkumandang sedikit tegas, “ err.. puan Rukiah Dato” gugup nya
rasa bila pandangan tajam itu menikam diri ini “ tapi saya tak suruh kamu
mengekori beliau dan menyiarkan gambar berkaitan” puan Rukiah mencelah, hari tu
bukan main lagi dia tarbiah aku fasal etika kewartawanan harus telus dan sahi,
apasal pula hari ini kenyataan dia sangat berlainan. Aku hanya mampu memberikan
pandangan kosong di saat puan Rukiah mula membela diri. Bukankah kalau mahu
menulis sesuatu harus sertakan bukti. “Apa salah saya? Saya mempunyai bukti yang cukup menulis artikel ini dan ia seharusnya
tidak menimbulkan isu” aku cuba bertegas dalam keadaan gementar, siapa yang
mahu dipersalahkan sekiranya kesemua etika bekerja sudah di terapkan ketika
menjalankan tugas “ ni siapa yang nak
bertanggungjawab” Dato Ridzuan melemparkan notis saman bernilai dua juta ke atas meja” awak tahu tak di sebabkan
tindakan awak ini syarikat mengalami tekanan besar, awak mengheret saya ke
jalan buntu” Dato Ridzuan menghentak meja, saat ini aku rasa nak menangis, aku
tidak bersalah susah sangat ke nak faham. Aku ada bukti yang sahi yang relevan
dan saksi kejadian, mengapa artikel itu masih dipersalahkan. Aku mengunci
mulut, tiada apa yang harus di perkatakan sudah nyata dan jelas mereka tetap
menyalahkan aku walau pun aku sudah memberikan seribu penjelasan. Tiga jam di
dunia kemarahan pihak atasan akhirnya aku di lepaskan dengan satu syarat,
menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada individu
berkenaan.
Dari jauh lagi mata ku sudah menangkap kelibat tubuh Hana
yang sudah terpakir di tepi meja. Tidak habis di soal siasat oleh pihak atasan
kini giliran Hana pula bertanyakan isu yang hangat di perkatakan. Aku hanya
mampu memberikan ringkasan kepada Hana, sakit hati ini bila teringat kejadian tadi.
“ Ingat Aulia, permohonan maaf itu harus disiarkan esok” suara itu menghentikan
perbualan hana dan aku, mata in sempat melihat Puan Rukiah tersenyum sinis. Dalam
hati ini aku nak sumpah dia jadi sesumpah.
bersambung.........
No comments:
Post a Comment