this how milo act when she want something |
milo obses with pink colour |
sometime milo speak with me |
Kebosanan mcm nie
selalu mendorong aku nak menaip kat blog.. biasanya aku nie liat sangat nak
menceritakan atau berkongsi sesuatu untuk tatapan umum. Tapi bak kata setengah
pihak, blog merupakan diary zaman urban. Sejauh mana kebenaran tu bergantung
pada individu. Ada orang menceritakan aktiviti sepanjang hari.. ada plk yang
berkongsi personel. Tapi bagi aku blog nie untuk aku berjimba dan meluah kan
perasaan selagi tidak mendatangkan fitnah dan menyakiti orang lain serta tidak
mengundang dosa. Mungkin.. Mungkin masih di boleh kan.. nak berbicara hukum
Allah nie saya x berani.. tapi insyallah sekadar yang asas dan di fahami ada la
sikit. Memandangkan saya ni penganggur yang sedang mencari pekerjaan maka dgn
itu mesti la banyak peluang nak ber
blong actually tapi.. da kata malas kan.. penyakit yang x boleh di kikis sejak
azali nie .. memang payah la.
Hehehehehe… kat rumah nie aku tengah berbaring memerhati
kan kipas yang berputar. Sunyi sepi,
sehinggakan detikan jam dinding kedengaran berdetak memecah kesunyian ..teman
serumah yang cun melecun da balik kg..
mana kala baru sebentar tadi aku di tinggalkan lagi oleh akak bilik
sebelah.. haih! Terasa sangat sepi. Aku tgk Milo … Milo tgk aku, aku nak dekat
Milo die cakar aku. Kureng punya kucing.. gigit paw die baru tahu. Hai
tergedik2 la plk benda oren nie main sep2 kat aku kan. Bila aku touch die… die
touch aku balik siap blh lari 100 meter. Benda oren yang selalu buat aku geram.
Dalam keadaan seperti ni la aku ingat my Mum. Teringat masa kecik2 dulu selalu
pakat sepupu yang 3 tahun muda dari aku, menjelajah setiap pengenap kg. Setiap
hujung minggu ada je aktiviti yang kami rancang. Antara aktiviti yang paling di
gemari ialah mengembara yang. Part yang paling
best tu peta aku reka sendiri. Kreatif sebenarnya… masuk kawasan kubur..
tembus kat bendang kampung lama.. naik bukit lepak memerhati kg sendiri.
Kampung aku cantik.. serious cantik.. gunung ganang yang hijau.. bendang
keemasan.. di hiasi penduduk yang ramah-tamah… korang x kan percaya we r so
welcoming outsider. Air sungai kat kg aku mcm air dlm ice box aku kat shah
alam. Sebenarnya aku rindu nak balik. Aku rindu nak jadi anak mak aku.. yang
akan sentiasa pandang wajah die. Zaman kanak2 aku x de la seindah orang lain. Tapi bernilai seperti memori org lain.
No comments:
Post a Comment