tetiba terjentik plk kat hati ini menulis tentang dia. Dia yang memang di akui cukup berbakat memiliki hati setiap dara yang mendekatinya. sejauh mana aku mengenali dia masih baru terlalu baru mungkin boleh diukur dengan degupan nadi.. gila kenapa aku perlu bercerita tentang dia, oh mungkin juga dia pernah bertanya kenapa aku x pernah menulis tentang dalam blog ni. ok la dengan harapan dia tidak akan membuka entry ini. bimbang dia meramas2 bucu bantal sambil menghentak kaki menangis kecil tanda protes ke atas tulisan ini. tapi yang sebenarnya bukan dia menjadi subject kali ini.. tapi tentang hati yang dia miliki. maaf sungguh berdosa diri ini menganggap seorang playboy sukar untuk tunduk dengan kalimah cinta. mungkin ramai yang menganggap seorang playboy kata-kata cinta mudah di jaja. ibarat memberi gula2 kepada anak kecil. tapi sebenarnya percaya atau tidak seorang playboy hatinya sungguh rapuh, mereka manusia biasa yang memiliki kelebihan sedikit berbanding yang lain. dikurniakan wajah yang mengugat degupan jantung dan dibibir mereka selalu terlintas bait yang indah-indah sahaja.
dia pernah bersuara bagaimana kecewanya dirinya di hampakan seseorang tanpa diberikan sebuah peluang. bagaimana dia sentiasa terkenangkan wajah yang tidak mahu untuk dimilikinya. menghela nafas apabila dia tidak di hargai. apa yang aku rasa adalah simpati. mungkin sudah nasibnya merasakan apa yang pernah dia berikan kepada orang lain. Itu bukan KARMA.
No comments:
Post a Comment