Showing posts with label lita iroh. Show all posts
Showing posts with label lita iroh. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Bandung day 1st


Setelah sekian lama merancang akhirnya sampai juga Kat sini. 1st day x de banyak cerita nak kongsi. Sampai2 je Kat airport driver ( Andy ) terus hantar ke hotel. Aston Braga... ( 4 star ) katanya.. Disebabkan rombongan ini terdiri dr gadis pingitan maka riuh rendah la jadinya. Jarak airport and hotel pn x jauh. Rasanya semua tempat boleh jalan kaki sb dekat2. Kawan2 dr rombongan pula 1st time juga aku Kenal. Klu si siti tu aku mmg Kenal since form 5 lg..and Ayna mmg officemate aku.. Lagi 3 baru je Kenal Kat airport LCC Terminal. Tp apa yg best actually kmi semua geng UITM Art&Design.... Hehehe and member2 AD ni mmg semua agak peramah... Renyeh je all the time.. Aku baru tau gratis itu maksudnya percuma... Pn. Liza la ni ajar menawar harga barang dgn sebut gratis.. Patut la org kt sini x nk Bg.. Sape nak Bg barang free hahahaha ....,and kne mahir mata wang ye... Aku agak Pening sb currency diorg start dgn ribu2 after that juta2.... Kalau x Pening mmg terer la.. My HP pn always on my pocket .. Tkt terbeli barang x Berbaloi ( mahal)... Hari ni x tahu Andy nk Ajak kami kemana tp udah dipesanin bawa sweater katanya lagi Bandung musim ujan.. Sejuk...cheh  Pratice bentar...daa tunggu la nxt issues 

Friday, September 20, 2013

Abx punya pasal

Last nite aku Terima card merah iaitu penghantaran x di Terima dr company abx express. Cuak juga kan almaklumlah sejak ekonomi poket gawatkan x pernah beli on9 items. Plg2 Pn just viewing..so Hati mula gelisah sb menurut sumber di percayai kemungkinan saman speed trap.. 'What!!!' Isu kewangan ni memang berat sikit sb tgh gawatkan.. Mula la satu mlm x blh tido. Dlm mindaku in hanya saman! Saman! Saman! Saman! Dlm masa yg sama aku mengharapkan barang misteri dr abx express Adalah document yang ku tunggu dr pihak tertentu. So pagi Hari ini, ok semua lihat tarikh Dan masa page ini di post kan .. Selepas menjadi bibik di rumah sempat juga la aku berpesan pada housemate suh tolong ambil kan items tersebut sb aku nk g gym. Elok je aku buka pintu rumah hah!!! Tu dia staff abx express da sengih2 nak Bg satu bungkusan. Hati mula resah. Pantas juga staff company ini bertindak kan mcm ERL express.sebaik je items tu berada di Tangan ku yang gebu ini dgn rakusnya aku Pn merobek2 bungkusan tersebut nak tahu apa Kat dalamnya ni dia. Tadaaaaaaaaa

So pengajaran die jgn la menyeksa jiwa bila dpt note dr mana2 company penghantaran. Sabar je t tahu jga if dah dapat.. Tq CIMB for the cooler bag that u send it for me. Ntah bila blh guna.

Monday, June 25, 2012

Milo vs vacum

18 hari lagi pas tu milo akan bermain keseorangan, die ni sangat aktif rasanya die semakin tembam sama mcm aku la kan.  ni aksi terbaru cik milo.. malas betul miss misai aku ni.


best nye tido kat tilam pink... pink.. pink....
pagi tadi aku vacum bilik, memang orang kat dalam rumah ni sedia maklum kucing2 ni sangat benci vacum tak tahu la kenapa.. pagi tadi milo tunjuk muka bengang die.

muka tgh blur tgk momy sambung2kan vacum
mcm da faham plk bila tgk vacum tu dalam proses terakhir pemasangan
first action garangkan
mari tgk dengan lebih jelas..... hahahahaha

Monday, June 18, 2012

citarasa CINTA



Sempurna
kisah cinta yang tak sempurna
Kau dan aku berbeza
Mencari sesuatu yang sama
Di sebalik cermin-cerminan yang indah


Dunia
Memiliki sesuatu yang sempurna
Kau dan aku satu kisah yang nyata
Berlari atas gelora
Mencari  nilai yang tiada
Membina sesuatu yang telah binasa
Seiring dan senada
Berpaut pada janji yang maya


Yang indah
Melerai  tinta yang terjalin
Menyimpul  dua rasa
Merungkai satu peristiwa
Biar kau dan aku berbeda
Yang kita rasa dan Yang kita leka

Adalah atas biasan Cinta



Saturday, June 16, 2012



Tadi tengah sibuk mencari barang persiapan kawen kakak aku.  Aku tiba-tiba terfikir  tentang atur cara majlis, di sebabkan aku ni kira orang penting dalam majlis tu nanti harus la aku menyibukkan diri kan.

AKU : kakak atur cara majlis nak buat macam mana ek? Malam tu b4 nikah tu nak buat ape2 x?

KAKAK : kita buat malam berinai, lepas tu kita pukul gong buat mini party untuk family.

AKU : x mahu buat bacaan al-quran ke?

KAKAK : Aa’ la

Tetiba je suasana senyap aku dgn tunang akak berpandangan sesama sendiri. Nak la juga aku cakap tapi takut die kecik hati. Tapi sebab dah tak boleh tahan aku luah kan juga lah.

AKU : aa ko nak baca surah ape?

KAKAK : mmmmm…

( aik senyap pulak dia ni .. Tu dalam hati aku la )

AKU : hah aku tau ko baca la ALIF.. BA… TA… sampai TSA ko tanya aku

Tunang akak dengan akak ikut gelak.. dah tu la penangan orang yang buta Al-Quran.  Memang agak memalukan kalau tak reti baca Al-Quran, tpi jangan la malu kan if betul-betul nak belajar. Malu sesat jalan. Saya percaya ramai orang yang tak begitu reti nak baca al-Quran. Moh la kita belajar baca sesama

Tuesday, June 12, 2012

gifted mind

aku ni tak de la creative sangat tapi boleh la kalau setakat nak hias biasa-biasa. i sebabkan aku kebosanan tahap gaban plus demam sakit gigi aku pon buat la benda ni kan.. walu pun x seberapa ok la untuk majlis yang simple.. ada kawan2 yang cadngan buat berniaga menda ni tapi haish malu la nak jual bukan hebat sangat. kalau di tanya kawan2 aku mesti diorang tahu aku suka kan benda yang simple2 je.. ok la x mo nak membebel banyak tapi tgk la.. hasil tangan ku ini pls jangan kutukorang baru belajar katakan ...


Thursday, June 7, 2012

Lolypop candy sweet as love


Entah mana titik permulaan aku  menjadi peminat buku ilmiah tegar, asal lalu kedai buku je mesti nak singgah kejap. X pun bila nak ke shopping complex je mesti mata ni melilau mencari board information sambil meninjau kalau-kalau ada kedai buku  yang berdekatan.. sejak akhir2 ni aku tgk banyak lambakan buku hasil dari imaginasi di pasaran.. apa lagi novel lah kan. Haih teringat zaman batu time tu umur baru la 14 tahun bila baca novel je beryia-yia mengalirkan air mata. Boleh dikatakan aku sangat menghayati dan mendalami setiap watak yang di tonjolkan oleh si penulis. Sampaikan kan aku pon menulis novel tapi berdasarkan cerita sebenar. Ye la time tu aku cerita fasal seorang mamat kat sekolah nie.. die tu olahragawan kat sekolah , pandai plk tu yg paling aku x sangka die blh plk satu class dengan aku. Umur 14 tahun apalah yang nk di hairankan remaja pasca nak dewsa zaman nak merasa suasana  berkapel2 katakan. Tapi aku ni agak x di minati sangat time sekolah, x de sape pn nak pandang aku. Kalau pandang pon setakat tanya cikgu ada bg kerja sekolah x?.. ok berbalik pada si mamat tadi. Di sebabkan terlalu suka akan empunya diri aku pon buat la satu  cerita fasal die, wah! Gile kan.. mana mungkin aku boleh bertindak sedemikian. Hahahaha bila di fikir2 kan kembali apalah hebat sangat dengan budak ni tapi of coz the main reason  adalah sebab die pandai dan die famous. Kebetulan kawan sebelah meja aku  ni ske jga dekat mamat tu and cinta berbalas .. waaaaa nape mamat tu x suke aku? Nape dia pilih kawan aku .. aku pon pendam la perasaan yang tengah perasan tu.. aku x suka nak gelar cinta time kat bangku sekolah cinta monyet aku nak gelar ikut  suka aku CINTA GULA-GULA.. comel kan. Ok di sebabkan aku kena sekolah kat KL aku pnm cm redha je la mamat nie dengan kawan aku walau pon hati teramat jeles. J . x sangka cerita aku nk pindah sekolah tersebar dalam class entah sape punya angkara kan. Al maklum la fifi si CNN tu da seminggu x sekolah mana mungkin die melaporkan berita itu kepada rakan2 yang lain. Di pendekkan kan cerita hari terakhir aku bersekolah si mamat nie tiba2 tiba datang kat aku and cakap jga diri if kat KL nanti.aku angguk je la, tiba2 dia keluarkn sesatu dari pocket seluarnya nak tahu ape?...... hehehehe  kaset la, kemudian dia keluaran plk pemain kaset ni tadi dia suh aku dengar aku pon dengar la wah terkasima nya hatiku mana die tahu aku suke lagu2 cm nie I mean music new ages… die Cuma kate die terbaca sesuatu yang aku tulis.. hAH!!!!! Masa tu dub dab dub dab je dalam hati ini tak kan die baca aku tulis fasal dia TIDAK!!!!!!  Die senyum die kate dia faham tapi die suke aku as a friend, aku apa lagi berbunga dalam perut.. tapi kalimah terakhir dia cakap kat aku adalah “ sebenarnya Adik aku yang suke kau.. that why aku x layan kau” What adik die si shah rukh khan tu ke… si superman tu tapi die kan lebih muda dari aku OH NO!!!  last news yang aku dengar mengenai si mamat nie dia da kawen dok kat Sabah lagi.. adik die plk satu U dengan aku tapi itu pon aku x sedar time die convo baru aku perasan dia ada acc fb malang nya dah ada gewe..