Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Misi dan Visi

Mempunyai tubuh yang agak montel mungkin agak menyusahkan untuk diri ku, ye la bayang kan daripada menggunakan saiz M bertukar menjadi XL sangat2 lah menyakitkan hati. Apatah lagi bila mahu membeli belah pasti ada je yang tak kena yang tu x masuk lagi bila bertemu dengan rakan persekolahan ketika muda belia. Namun acap kali reunion di laungkan belum ada satu pun yang pernah aku hadiri. Yelah malas menjadi topik hangat yang di bualkan nanti. Cukup-cukuplah dengan pertanyaan rakan se-universiti.  Kekadang sakit juga hati bila terkena sedas dua perlian yang ditembak khas untuk ku. Jadi menjelang umur ke 29 tahun. Dengan ini aku mengumumkan akan berusaha sedaya yang mampu hingga hujung nyawa mahu mencapai saiz M yang di idamkan.

Misi menguruskan badan akan berlangsung dalam minggu ini, nak kurus sebab nak sihat ( nah! tu biasa alasan orang nak cover malu) tetapi bagi aku misi ini adalah untuk majlis kawen my sis this end of year, nak comey2 sikit al maklumlah aunty aku tu semua nye mulut x de penapis, kalau ada pun mesti ada je bocor kat mana-mana kt penapis tu.. lagi-lagi semua cousin yang sebaya or yang da dewasa da masuk ke alam berkeluarga. faham-faham je lah soalan maut yang sentiasa menanti. kalau tak tahan hati mau emo sebulan. 
Tahun ni saja nak tunjuk kat group mak limah ai menarik dan da tak dabomm.  Lagi pun nak pakai baju yang comey2.  Lagi satu ada misi tersembunyi. Hehehe x boleh nak bocor nanti kena gelak. Tapi yang pastinya ni semua proses untuk tahun 2014. Nanti ai kongsikan beberapa cara nak diet.. tapi kena tgk kesan kat diri sendiri dulukan takut x menjadi buat malu sendiri je.


Monday, June 25, 2012

Milo vs vacum

18 hari lagi pas tu milo akan bermain keseorangan, die ni sangat aktif rasanya die semakin tembam sama mcm aku la kan.  ni aksi terbaru cik milo.. malas betul miss misai aku ni.


best nye tido kat tilam pink... pink.. pink....
pagi tadi aku vacum bilik, memang orang kat dalam rumah ni sedia maklum kucing2 ni sangat benci vacum tak tahu la kenapa.. pagi tadi milo tunjuk muka bengang die.

muka tgh blur tgk momy sambung2kan vacum
mcm da faham plk bila tgk vacum tu dalam proses terakhir pemasangan
first action garangkan
mari tgk dengan lebih jelas..... hahahahaha

Monday, June 18, 2012

citarasa CINTA



Sempurna
kisah cinta yang tak sempurna
Kau dan aku berbeza
Mencari sesuatu yang sama
Di sebalik cermin-cerminan yang indah


Dunia
Memiliki sesuatu yang sempurna
Kau dan aku satu kisah yang nyata
Berlari atas gelora
Mencari  nilai yang tiada
Membina sesuatu yang telah binasa
Seiring dan senada
Berpaut pada janji yang maya


Yang indah
Melerai  tinta yang terjalin
Menyimpul  dua rasa
Merungkai satu peristiwa
Biar kau dan aku berbeda
Yang kita rasa dan Yang kita leka

Adalah atas biasan Cinta



Tuesday, June 12, 2012

gifted mind

aku ni tak de la creative sangat tapi boleh la kalau setakat nak hias biasa-biasa. i sebabkan aku kebosanan tahap gaban plus demam sakit gigi aku pon buat la benda ni kan.. walu pun x seberapa ok la untuk majlis yang simple.. ada kawan2 yang cadngan buat berniaga menda ni tapi haish malu la nak jual bukan hebat sangat. kalau di tanya kawan2 aku mesti diorang tahu aku suka kan benda yang simple2 je.. ok la x mo nak membebel banyak tapi tgk la.. hasil tangan ku ini pls jangan kutukorang baru belajar katakan ...


the state of 9

my sis kate ini buah dokong.. tapi bagi aku ni buah langsat

ni Laici King

Singgah sebentar :) sempat juga beta paw my sis
berjalan-jalan ke pekan nilai, memang memberi pengalaman yang bernilai bagi sesiapa yang suke bershopping.. satu hari x kan habis mengunjungi deretan kedai yang menjual pelbagai fabrik dan persiapan perkahwinan,.. aik jangan buat spekulasi ye. bukan i yang mahu buat persiapan tapi i kena tolong my sis for her wedding end of this year.. mcam-macam yang korang boleh jumpe kat sini, kain pasang, baju melayu dan baju pengantin toksah nak kate...  pelbagai jenis  fabrik tetapi baju pengantinya rata-rata made in indonesia. sulaman die cantik.. cuma yang muskilnya kebanyakan peniaga kat sini dari Pakistan.. cm mana diorang boleh buka perniagaan kat sini, secara besar-besaran plk tu siap  .. saudara mara semuanya di angkut ke Malaysia. baru aku perasaan nilai satu fabrik die murah sikit di bandingkan dgn nilai 3, tapi nilai 3 barang hantaran sangat murah berbanding nilai 1 & 2. sempat juga ke kedai menjual floral, tapi betul lah barang yang tak de tanda harga memang sangat menyusahkan  pelanggan, nak beli pun takut2 sebab tak tahu harga sebenar lagi satu takut lari budget, ada sesetengah kedai tu sengaja meng-up kan harga barang agar berlaku tawar menawar , mungkin salah satu strategi untuk mengelakkan kerugian.
Pilih- pilih

Kompang di palu pengantin baru


kepada korang yang nak ke Nilai 1,2,& 3 rajin-rajin la menawar harga. tolong listkan barang ape nak beli agar tidak berbelanja berlebih-lebihan. insyallah diorang ni x kedekut pun.. tak pun berlatih la untuk menawar harga, supaya korang dapat best price..hmm meh sini kita kongsikan pic yang sempat saya rakamkan.. lagi satu adalah lebih baik datang ke hujung minggu sebab harganya lebih murah berbanding hari bekerja.. trust me. oh ya, jangan terlalu bossy ketika membeli barang berikan senyuman agar mereka terbuka hati memberi kita harga yang menarik.

Bakal Abang Ipar

Monochrome Cloth


Kalau mak Jemah berminat boleh lah tgk collection ini

Labuci blink2

Pilih2 colour

kerongsang mak timah

Bakal pengantin perempuan

boleh jadi gile lah tg tudung merata





ingatkan warga Malaysia rupanya org myammar