Sunday, June 10, 2012

APRIL with tear

Wajah riang ria mereka mendapat tajaan bercuti dari banker Allyia

Hello Seremban … yahoo cuti-cuti Malaysia .. niat hati nak jumpa my third sis. Dia menyertai sukan kat seremban.. so alang2 da kem die dekat dengan PD aku pon angkut la my second sisi and lil brother sesama.. Baru best meriah sikit dalam kereta. Macam2 hal berlaku sepanjang jalan mula2 sesat kt tengah2 bandar raya KL, rupa-rupanya banyak jalan yang ditukar haluannya..sign board pon x guna time tu semua membawa jalan yang sama. Akhirnya terlepas juga kami kat pusaran  kebingungan tu…sepanjang jalan riuh rendah.. menyanyi, gossip2 kampung halaman semua menjadi Topik perbualan kami.. sehinggalah sampai ke destinasi.. malangnya hari yang sepatutnya hari aku bersuka ria menikmati air laut yang biru menjadi tragedi April.. mungkin di sebabkan lalai.. pandang kiri dan kanan, atas dan bawah tapi lupa nak pandang kat mana kaki menapak akibatnya.. jatuh tersembam menyembah bumi..dah lah mencium jalan tar kaki tetiba kebas.. tak boleh nak gerak2  menangis sambil ketawa, nangis sebab sakit..ketawa sb kebodohan diri sendiri.. masa tu kaki da start membengkak.. tapi disebabkan kedegilan yang aku warisi turun menurun aku boleh plk layan naik banana boat dengan siblings aku kan.. siap buat bunyi Tarzan ..  akibat kedegilan itu kaki aku semakin teruk siap p hospital kerajaan lagi buat scan tapi Dr kate x de ape2 terseliuh sikit je.. tapi da dekat sebulan aku still tak boleh jalan dengan sempurna.. what abad day….
Rupa bentuk kaki ku di ketika itu

Saturday, June 9, 2012

ape ni??????????



Masa kecik2 saya ni x boleh membezakan huruf (b dan d ), (q dan p). bayangkan karangan saya sangat teruk at that time. Sampai cikgu tadika boleh gelak guling2 atas stage. Pendidikan awal saya bermula ketika berumur 4 tahun orang pertama yang ajar saya mengenali huruf ABC adalah bapa. Setiap hari saya berlatih membaca dan mengira.. masa tu saya Cuma mengenal huruf dan nombor  A-Z mengira 1 – 100. Walau pn saya selalu tersilap menyebut huruf2 tertentu bapa akan memberi semangat. Yang paling best  die mencipta kaedah supaya saya boleh membezakan huruf tertentu.
b = akan ditulis menggunakan pensel warna biru 
d= merah
q= hijau
p = pink
so masa tadika buku saya akan colorful, selain dari mencipta kaedah tu, bapa juga yang memperkenalkan lukisan kepada saya. Lukisan pertama yang saya berjaya hasilkan adalah rumah. Tapi rumah tu x de la mcm rumah yang biasa2, ia sangat unik tau… korang pasti x boleh bayangkan. X pe saya boleh tunjuk kan rumah imaginasi saya dan bapa.

rumah pertama yang di lukis bapa and smpi skg aku masih ingat

Di sebabkan keluarga saya sangat miskin dan x mampu membeli sebuah buku cerita.  mama daftarkan saya di library pekan Kota Belud. Setiap hari sabtu &ahad. mama akan hantar saya kat tempat tu, start dari jam 8.30 sehingga jam 12.30 dari umur 6 tahun – 7 tahun di situ la dunia saya. Pada masa tu saya menggunakan peluang yang ada, peluang yang saya maksudkan adalah menggunakan nama ahli keluarga saya untuk meminjam buku. So setiap kali saya akan pinjam lebih dari pada 20 buah buku. Tu adalah santapan minda saya untuk hari isnin – Jumaat. Dulu x de sistem digital kad ni, masa zaman tu library pakai pocket kad. So setelah setahun menjadi penduduk tetap kat library  boleh dikatakan semua buku di library tu saya dah habis baca. Bila ingat balik bangga pun ada hehehehehe. Dari situ saya lancar membaca dan boleh membezakan huruf yang saya rasa terlalu ganjil. Masa kecik2 dulu mama selalu nasihat  belajar rajin2 kalau kamu x mahu mewarisi kerjaya mamaKamu harus tahu antara pen dan cangkul yang mana lebih berat? Kalau kamu rasa cangkul lebih berat belajar la rajin2. Pegang pen kamu sampai ke tempat yang kamu fikirkan.
nak pegang duit :)

Friday, June 8, 2012

Sedetik bersama Dia

this how milo act when she want something





milo obses with pink colour



sometime milo speak with me


Kebosanan  mcm nie selalu mendorong aku nak menaip kat blog.. biasanya aku nie liat sangat nak menceritakan atau berkongsi sesuatu untuk tatapan umum. Tapi bak kata setengah pihak, blog merupakan diary zaman urban. Sejauh mana kebenaran tu bergantung pada individu. Ada orang menceritakan aktiviti sepanjang hari.. ada plk yang berkongsi personel. Tapi bagi aku blog nie untuk aku berjimba dan meluah kan perasaan selagi tidak mendatangkan fitnah dan menyakiti orang lain serta tidak mengundang dosa. Mungkin.. Mungkin masih di boleh kan.. nak berbicara hukum Allah nie saya x berani.. tapi insyallah sekadar yang asas dan di fahami ada la sikit. Memandangkan saya ni penganggur yang sedang mencari pekerjaan maka dgn itu mesti la banyak peluang  nak ber blong actually tapi.. da kata malas kan.. penyakit yang x boleh di kikis sejak azali nie .. memang payah la.


Hehehehehe… kat rumah nie aku tengah berbaring memerhati kan  kipas yang berputar. Sunyi sepi, sehinggakan detikan jam dinding kedengaran berdetak memecah kesunyian ..teman serumah yang cun melecun da balik kg..  mana kala baru sebentar tadi aku di tinggalkan lagi oleh akak bilik sebelah.. haih! Terasa sangat sepi. Aku tgk Milo … Milo tgk aku, aku nak dekat Milo die cakar aku. Kureng punya kucing.. gigit paw die baru tahu. Hai tergedik2 la plk benda oren nie main sep2 kat aku kan. Bila aku touch die… die touch aku balik siap blh lari 100 meter. Benda oren yang selalu buat aku geram. Dalam keadaan seperti ni la aku ingat my Mum. Teringat masa kecik2 dulu selalu pakat sepupu yang 3 tahun muda dari aku, menjelajah setiap pengenap kg. Setiap hujung minggu ada je aktiviti yang kami rancang. Antara aktiviti yang paling di gemari ialah mengembara yang. Part yang paling  best tu peta aku reka sendiri. Kreatif sebenarnya… masuk kawasan kubur.. tembus kat bendang kampung lama.. naik bukit lepak memerhati kg sendiri. Kampung aku cantik.. serious cantik.. gunung ganang yang hijau.. bendang keemasan.. di hiasi penduduk yang ramah-tamah… korang x kan percaya we r so welcoming outsider. Air sungai kat kg aku mcm air dlm ice box aku kat shah alam. Sebenarnya aku rindu nak balik. Aku rindu nak jadi anak mak aku.. yang akan sentiasa pandang wajah die. Zaman kanak2 aku x de la seindah orang lain.  Tapi bernilai seperti memori org lain. 

Thursday, June 7, 2012

Lolypop candy sweet as love


Entah mana titik permulaan aku  menjadi peminat buku ilmiah tegar, asal lalu kedai buku je mesti nak singgah kejap. X pun bila nak ke shopping complex je mesti mata ni melilau mencari board information sambil meninjau kalau-kalau ada kedai buku  yang berdekatan.. sejak akhir2 ni aku tgk banyak lambakan buku hasil dari imaginasi di pasaran.. apa lagi novel lah kan. Haih teringat zaman batu time tu umur baru la 14 tahun bila baca novel je beryia-yia mengalirkan air mata. Boleh dikatakan aku sangat menghayati dan mendalami setiap watak yang di tonjolkan oleh si penulis. Sampaikan kan aku pon menulis novel tapi berdasarkan cerita sebenar. Ye la time tu aku cerita fasal seorang mamat kat sekolah nie.. die tu olahragawan kat sekolah , pandai plk tu yg paling aku x sangka die blh plk satu class dengan aku. Umur 14 tahun apalah yang nk di hairankan remaja pasca nak dewsa zaman nak merasa suasana  berkapel2 katakan. Tapi aku ni agak x di minati sangat time sekolah, x de sape pn nak pandang aku. Kalau pandang pon setakat tanya cikgu ada bg kerja sekolah x?.. ok berbalik pada si mamat tadi. Di sebabkan terlalu suka akan empunya diri aku pon buat la satu  cerita fasal die, wah! Gile kan.. mana mungkin aku boleh bertindak sedemikian. Hahahaha bila di fikir2 kan kembali apalah hebat sangat dengan budak ni tapi of coz the main reason  adalah sebab die pandai dan die famous. Kebetulan kawan sebelah meja aku  ni ske jga dekat mamat tu and cinta berbalas .. waaaaa nape mamat tu x suke aku? Nape dia pilih kawan aku .. aku pon pendam la perasaan yang tengah perasan tu.. aku x suka nak gelar cinta time kat bangku sekolah cinta monyet aku nak gelar ikut  suka aku CINTA GULA-GULA.. comel kan. Ok di sebabkan aku kena sekolah kat KL aku pnm cm redha je la mamat nie dengan kawan aku walau pon hati teramat jeles. J . x sangka cerita aku nk pindah sekolah tersebar dalam class entah sape punya angkara kan. Al maklum la fifi si CNN tu da seminggu x sekolah mana mungkin die melaporkan berita itu kepada rakan2 yang lain. Di pendekkan kan cerita hari terakhir aku bersekolah si mamat nie tiba2 tiba datang kat aku and cakap jga diri if kat KL nanti.aku angguk je la, tiba2 dia keluarkn sesatu dari pocket seluarnya nak tahu ape?...... hehehehe  kaset la, kemudian dia keluaran plk pemain kaset ni tadi dia suh aku dengar aku pon dengar la wah terkasima nya hatiku mana die tahu aku suke lagu2 cm nie I mean music new ages… die Cuma kate die terbaca sesuatu yang aku tulis.. hAH!!!!! Masa tu dub dab dub dab je dalam hati ini tak kan die baca aku tulis fasal dia TIDAK!!!!!!  Die senyum die kate dia faham tapi die suke aku as a friend, aku apa lagi berbunga dalam perut.. tapi kalimah terakhir dia cakap kat aku adalah “ sebenarnya Adik aku yang suke kau.. that why aku x layan kau” What adik die si shah rukh khan tu ke… si superman tu tapi die kan lebih muda dari aku OH NO!!!  last news yang aku dengar mengenai si mamat nie dia da kawen dok kat Sabah lagi.. adik die plk satu U dengan aku tapi itu pon aku x sedar time die convo baru aku perasan dia ada acc fb malang nya dah ada gewe..

Tuesday, February 21, 2012

Test week

Ok mengelabah satu badan bdk2 bila tau aku Nk wt test this week mcm2 Alasan aku dgr Ada yg Kate x ready, x baca x tau.. Hi bdk2 nie Ada je la.. Semalam aku dapat ayat SMS best gle Ada bdk2 Nk minta tangguh memang x dapat la kn .... Tp teringat masa dolu2 time lecturer Nk bg test .. Xde nye Nk ckp " Esok Ada test or next week Ada test" tau2 je paper atas meja n dgn senang hati. detik tu juga Dia umumkn test.. X de nye Nk bg Alasan x ready Bagai. Aku Nk umpamkan test ni ibarat alat pengukur kefahamam kite terhadap subject yg si ajar Oleh lecturer.. Si Jgn la sedy hati if dapat markah. Lecturer tu yg sedy hati if this happens coz kamu x faham ape yg diajar ��

Sunday, February 12, 2012

February

Wah! Masuk je this month mesti jualan chocolate melambung tinggi, maklum la bulan february ni sinonim as valentine days. If aku la kn no need celebrate sb di bukan setakat haram tetapi kan x kn bf korang sayang for this month je.. Abes hari n bulan yg lain mcm mana? X sayang la kan �� malang Btl if terjadi. So if dulu Asal valentine je mesti 9 bln pas tu gejalah buang bayi Belarutan. Daripada buang duit buat semua tu better kumpul duit untuk buat majlis Kawen korang kan mudah tu... Ok la sempena bulan February ni aku bg korang hadiah Cik milo

Wednesday, January 11, 2012

akhirnya kau berpunya...

Semoga ikatan pertunangan di akhiri dengan pernikahan yang di redahi Allah
pic dia atas adalah bucket yang akan digunakan oleh my sis during her engaged nanti.. simple je hiasan die.. ni adalah hiasan yang mempunyai kekangan bajet. Rm 200 termasuk semua manisan. see kita boleh jimat kalau kita nak.. ukur baju badan sendiri. hehehehe idea asal gubahan nie.. dan yang melaksanakan semua gubahan adalah diri ini.. okay la tu kan kalau ada duit banyak ai boleh buat lebih dari ni.. hanya 1 jam menyiapkan 10 bucket.. pantas tak tangan ai.. doremon can do anything hehehehehe.. that all