Monday, June 25, 2012

Milo vs vacum

18 hari lagi pas tu milo akan bermain keseorangan, die ni sangat aktif rasanya die semakin tembam sama mcm aku la kan.  ni aksi terbaru cik milo.. malas betul miss misai aku ni.


best nye tido kat tilam pink... pink.. pink....
pagi tadi aku vacum bilik, memang orang kat dalam rumah ni sedia maklum kucing2 ni sangat benci vacum tak tahu la kenapa.. pagi tadi milo tunjuk muka bengang die.

muka tgh blur tgk momy sambung2kan vacum
mcm da faham plk bila tgk vacum tu dalam proses terakhir pemasangan
first action garangkan
mari tgk dengan lebih jelas..... hahahahaha

Sunday, June 24, 2012

gossip gossip

Apa topik yang selalu dibincangkan sekiranya korang jumpe kawan?
Masa kecik 2 umur lebih kurang 5 – 12 tahun
Cerita biasanya fasal kartun kat tv, Boboboi dpat tewaskan Fang dalam pertandingan bola sepak walau pon en bos a.k.a adodo main tipu.  Gopal selamatkan gawang dengan bantuan biskut Yaya yang keras macam batu dan menukarkan bola jadi gula2 kapas yang akhirnya masuk  ke pintu goal akibat tipuan angin.
Kampung upin ipin black out, ramai kawan2 upin dan ipin tak buat kerja sekolah. Dengan alasan black out.  Akhirnya upin dan ipin menyertai memei main masak2.
13 – 17 tahun
Kau tahu si polan tu suke kat aku, dia pegang tangan aku, die tulis surat cinta kat aku. Ahaa.. ni biasanya words yang selalu digunakan ketika umur di peringkat ini.  
18-23 tahun
Eh bosan la dgn asgmt ni, nak date pon susah. Aku benci bf aku curang wahhhhhh pinjam bahu kau nak nangis ni.  Aku banyak gf/ Bf.. ada 5 orang kesemuanya. Hari2 aku paw beli perfeum and handphone tu blm masuk Gucci and prada I okayy  ( aaa elok la tu jadi blade..) eh!! Itu scandal I je tapi handsome kan.. dia bla.. bla.. bla.. dia business canopy.  Apasal ko makin gemuk… gajah pon takut nak bersanding dengan ko
24-25 tahun
Eh bila ko nak kawen, tgk aku da sembilan orang anak.. ko tahu x jj buat sale. Eh bestnya shopa shopping ni meh lah join. Kau tau si tet da ceraikan tet.. disebabkan Tet. Ko ni x jaga body ke? Ke ko makan batu bata sekali habis ko balun pinggan seramik mak ko. Tu yang tak tertimbang2
26-30 tahun
Kenapa x kawen lagi ? x sampai seru la, I malas nak pk ( padahal cover line punya ayat ).  I terkecewa yang amat hati I tidak terbuka lagi. Lelaki sekarang x boleh di percayai, perempuan sekarang materialistik. Mas kawen semakin tinggi hantaran pon x main le ribu2.. sekarang ni paling komen pun hantaran berbelas2 ribu. Makin tinggi makin bangga. Mak bapa kalau blh nak anak kawen setaraf dgn artis  kurang kurang berpuluh ribu.  

Kalau aku alasan aku tak kawen , adalah disebabkan ekonomi aku tak kukuh lagi. Baru je dapat offer letter last week. X kan kawen dgn air liur je kan. Cinta dan sayang tu perlu modal. Ada 3 janji yang tak di tunaikan lagi. So dalam islam pon kite kena tunaikan janji kan. So aku dalam proses ( ayat cover line)

Friday, June 22, 2012

Dia seorang PLAYBOY

tetiba terjentik plk kat hati ini menulis tentang dia. Dia yang memang di akui cukup berbakat memiliki hati setiap dara yang mendekatinya. sejauh mana aku mengenali dia masih baru terlalu baru mungkin boleh diukur dengan degupan nadi.. gila kenapa aku perlu bercerita tentang dia, oh mungkin juga dia pernah bertanya kenapa aku x pernah menulis tentang dalam blog ni. ok la dengan harapan dia tidak akan membuka entry ini. bimbang dia meramas2 bucu bantal sambil menghentak kaki menangis kecil  tanda protes ke atas tulisan ini. tapi yang sebenarnya bukan dia menjadi subject kali ini.. tapi tentang hati yang dia miliki. maaf sungguh berdosa diri ini menganggap seorang playboy sukar untuk tunduk dengan kalimah cinta. mungkin ramai yang menganggap seorang playboy kata-kata cinta mudah di jaja. ibarat memberi gula2 kepada anak kecil. tapi sebenarnya percaya atau tidak seorang playboy hatinya sungguh rapuh, mereka manusia biasa yang  memiliki kelebihan sedikit berbanding yang lain. dikurniakan wajah yang mengugat degupan jantung dan dibibir mereka selalu terlintas  bait yang indah-indah sahaja.
dia pernah bersuara bagaimana kecewanya dirinya di hampakan seseorang tanpa diberikan sebuah peluang. bagaimana dia sentiasa terkenangkan wajah yang tidak mahu untuk dimilikinya. menghela nafas apabila dia tidak di hargai. apa yang aku rasa adalah simpati. mungkin sudah nasibnya merasakan apa yang pernah dia berikan kepada orang lain. Itu bukan KARMA.

Tuesday, June 19, 2012

Kisah Hati part 1


Kehidupan ini ada banyak perkara yang berlaku di mana ia mewarnai  setiap langkah dalam perjalanan mendaki usia. Sepanjang 28 tahun aku menghela nafas ini, ada saat-saat yang sukar yang aku lalui. Di mana saat aku memandang wajah seseorang penuh dengan kekosongan. Siapa yang tahu hati di toreh penderitaan sedangkan wajah sentiasa bertabirkan senyuman.  Kalau cinta itu di tafsir sebagai indah aku juga melihat keindahannya dan kalau ia di tafsirkan sengsara aku juga telah merasakannya. Namun kekuatan manakah yang dipinjamkan Allah menggagahkan aku melalui setiap babak itu, malah tidak terpalit sedikit pun dendam  di hati ini. Adakah kerana aku berserah merelakan dan meminta yang terbaik untuk ku.  Titipan kasih dari yang Esa membuatkan aku lebih memahami nilai kehidupan sebenar. Saat aku melihat kesedihan di mata mereka, aku meminjamkan  sedikit sayang, di saat mereka kehampaan aku meminjamkan sedikit  harapan, itu kerana aku percaya Allah jadikan manusia kerana ia saling memerlukan. Namun jika cinta yang di persoalkan  aku lupa apakah perisa cinta sebenarnya, kerana aku percaya apa sahaja yang di tetapkan Allah kepadaku itulah CINTA sebenar di hati ini.

5 tahun yang lalu
Sedang masa berlalu, aku memerhatikan dia saat hati di robek kerinduan aku menolak segala kemungkinan. Tidak mungkin kisah itu berulang kembali, argh! kopi ini terasa tawar, gila agaknya melihat wajahnya tersenyum membuat aku berada antara alam separa sedar, ini bukan cerita telenovela jiwa ku memberontak . Sesekali mata ini melirik ke arahnya.. dia masih seperti dulu. Karismanya tidak terbatas, senyumannya huh membuat darah ini semakin likat. sayangnya aku sekadar pemuja maya, hati mula di jentik rasa gila. Tersenyum tanpa sebab mungkin aku sudah terlalu lama memerhatikan dia, merasa cinta tanpa diucapkan.  Aku perlu bertindak kerana dia lelaki aku. Hari ini lokasi yang sama aku menanti kelibat lelaki itu, sejam berlalu dia masih tidak muncul  dan aku mula di serang rasa gelisah. Pertanyaan mula bersarang di minda apakah dia tidak akan muncul di sini lagi.  Aku dan dia menjadi penunggu setia di cafĂ© ini lebih setahun, dia sentiasa berada di meja yang sama dan aku sentiasa berada di balik rimbunan pohon ini. Masih terbayang saat pertama kali melihat kelibat lelaki itu, dia mengalunkan bacaan al-Quran di khalayak ramai. Semua mata terpaku melihat sosok tubuh itu namun dia hanya tersenyum. Bibir nipis itu memberi isyarat dia istimewa. Cintakah aku pada dia, atau aku cinta pada apa yang di ucapkannya.


 “ Assalamualaikum”  telinga ini masih sempat menangkap suara itu, lembut dan beralun indah. hati  ini merasa getaran yang hebat ibarat ledakan gunung merapi, terasa sejuk darah yang mengalir di nadi ini. Suara itu, adakah dia? Aku mengangkat wajah secara perlahan mahu senyum atau bersahaja. Walhal hati dirodok riang dia di depan mata. “ walaikumsalam” “ apa kamu keseorangan lagi hari ini?” aku menganggukkan kepala “ mahu aku temani ?” aku mengangguk lagi, hai hati kenapa kau lebih menguasai gerak geri ini. “ aku udah lama lihati kamu selalu sendirian    bibir ku mula mengukir senyuman argh adakah cinta ku berbalas hari ini. Hati ini mula menari riang, berjoget dendang sayang. “saya Taufik, asal Indonesia dari jawa barat. Dan kamu siapa ya?” aku terkesima pemuda yang selalu mencuri mata ini dari negara sebarang rupanya. Semua itu tidak menjadi masalah bagi ku. Yang penting lelaki itu aku miliki. “ saya Aulia” balas ku pendek. Malunya menatap wajah itu, walau pun indah tapi hati ini tidak punya kekuatan merenung secara dekat. Taufik mengambil posisi kini wajah kami bertentangan,  kiranya aku dapat gold class kalau kat GSC. Taufik tersenyum melihat telatah aku yang tak ke keruan, “ kamu tenang aja ya, aku pingin benar dekati kamu, iya kan udah lama kita bersemuka cafe ini tapi gak pernah berbicara kayak gini” sambung taufik sambil meletakan  cawan ke posisi asalnya, bibir itu comel, alis keningnya tebal memukau, kulitnya putih kemerah-merahan dan hidungnya yang terletak memukau seluruh pandangan ku. “kok , kamu diam aja, ayo katakan sesuatu” pertanyaan itu menyedarkan aku dari terus menikmati pemandangan yang indah tu. “aku.. saya.. i… hmm” suara ku tergagap-gagap cuba menyusun kata,  tidak tahu  bagaimana hendak memulakan bicara, walhal pemuda ini yang selalu aku igaukan, menjadi topik perbualan ku dengan rakan sekerja. Kini satu peluang terletak di hadapan mata ku tapi kenapa lidah ini kelu menyatakan sesuatu. Hai hati kenapa ku kejam pada diri ini. Berdegup lah secara perlahan biar nafas ku teratur tenang dan aku mampu mengawal emosi yang tiba-tiba bertukar rasa ini. “ dah.. lama tinggal kat Malaysia ?” kata ku perlahan what ini je ayat yang terpacul di bibir ini, aku nak tanya benda lain, aku nak tahu dia masih bujang ke?  ada girlfriend ke? Yang penting adakah dia merasa getaran hati yang sama. “ kira-kira udah 3 tahun aku di sini, kantor yang aturkan segala-galanya, aku masih single gak punya teman yang dibilangi  awek”  terang taufik sambil tersenyum, saat melihat dia tersenyum segala busur dewa cinta menghala ke hati ku, boleh angau dibuatnya. tahu-tahu sahaja dia apa yang terlintas di kepalaku ini. Setengah jam berlalu tanpa ku sedari kalau lah bukan kerana panggilan Hana pasti aku masih terpacak melayani Taufik , mendengar segala omelanya.


Tempikan suara Dato Ridzuan menggegarkan seluruh warga pejabat. Dari jauh aku mendengar nama ku di sebut setiap perbicaraan. Kadang-kadang alunan suara Dato Ridzuan kedengaran sangat tegas kadangkala sedikit perlahan, sukar bagi ku menangkap setiap bait-bait katanya. Sedang di dalam hati ini resah mula bersarang menerpa bergolak di jiwa. Tiba-tiba satu sentuhan lembut hinggap di bahu ku membuatkan aku sedikit panik. “ Aulia , bos nak jumpa” Hana tersenyum mesra sambil membetulkan posisi tudungnya “ dah.. apasal muka kau ni pucat semacam, takut ek?” hana menduga ku lagi “ eh, nak takut apa, aku bukan bersalah pun” pintas ku menutup resah. Mati aku kali ini, pasti perkara yang di bangkitkan kali ini terlalu serius, kalau tidak manakan suara Dato Ridzuan terlolong seperti Tarzan menerkam ke setiap cuping telinga pekerja hari ini . Aku segera meninggalkan Hana mengatur langkah ke bilik pengarah besar, aku cuba menyusun strategi agar terlepas dari mala petaka ini.  Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pejabat Dato Ridzuan semua mata tertumpu pada diri ku, seperti bintang filem rasanya. Yang berbeza pandangan yang diberikan penuh dengan amarah. “ Aulia saya nak tanya ni, siapa arahkan awak menulis artikel skandal ahli politik ni?” lontaran suara Dato Ridzuan berkumandang sedikit tegas, “ err.. puan Rukiah Dato” gugup nya rasa bila pandangan tajam itu menikam diri ini “ tapi saya tak suruh kamu mengekori beliau dan menyiarkan gambar berkaitan” puan Rukiah mencelah, hari tu bukan main lagi dia tarbiah aku fasal etika kewartawanan harus telus dan sahi, apasal pula hari ini kenyataan dia sangat berlainan. Aku hanya mampu memberikan pandangan kosong di saat puan Rukiah mula membela diri. Bukankah kalau mahu menulis sesuatu harus sertakan bukti. “Apa salah saya? Saya mempunyai  bukti yang cukup menulis artikel ini dan ia seharusnya tidak menimbulkan isu” aku cuba bertegas dalam keadaan gementar, siapa yang mahu dipersalahkan sekiranya kesemua etika bekerja sudah di terapkan ketika menjalankan tugas  “ ni siapa yang nak bertanggungjawab” Dato Ridzuan melemparkan notis saman  bernilai dua juta  ke atas meja” awak tahu tak di sebabkan tindakan awak ini syarikat mengalami tekanan besar, awak mengheret saya ke jalan buntu” Dato Ridzuan menghentak meja, saat ini aku rasa nak menangis, aku tidak bersalah susah sangat ke nak faham. Aku ada bukti yang sahi yang relevan dan saksi kejadian, mengapa artikel itu masih dipersalahkan. Aku mengunci mulut, tiada apa yang harus di perkatakan sudah nyata dan jelas mereka tetap menyalahkan aku walau pun aku sudah memberikan seribu penjelasan. Tiga jam di dunia kemarahan pihak atasan akhirnya aku di lepaskan dengan satu syarat, menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada individu berkenaan.

Dari jauh lagi mata ku sudah menangkap kelibat tubuh Hana yang sudah terpakir di tepi meja. Tidak habis di soal siasat oleh pihak atasan kini giliran Hana pula bertanyakan isu yang hangat di perkatakan. Aku hanya mampu memberikan ringkasan kepada Hana, sakit hati ini bila teringat kejadian tadi. “ Ingat Aulia, permohonan maaf itu harus disiarkan esok” suara itu menghentikan perbualan hana dan aku, mata in sempat melihat Puan Rukiah tersenyum sinis. Dalam hati ini aku nak sumpah dia jadi sesumpah.   

                                                                                                           bersambung.........

Monday, June 18, 2012

citarasa CINTA



Sempurna
kisah cinta yang tak sempurna
Kau dan aku berbeza
Mencari sesuatu yang sama
Di sebalik cermin-cerminan yang indah


Dunia
Memiliki sesuatu yang sempurna
Kau dan aku satu kisah yang nyata
Berlari atas gelora
Mencari  nilai yang tiada
Membina sesuatu yang telah binasa
Seiring dan senada
Berpaut pada janji yang maya


Yang indah
Melerai  tinta yang terjalin
Menyimpul  dua rasa
Merungkai satu peristiwa
Biar kau dan aku berbeda
Yang kita rasa dan Yang kita leka

Adalah atas biasan Cinta



Saturday, June 16, 2012



Tadi tengah sibuk mencari barang persiapan kawen kakak aku.  Aku tiba-tiba terfikir  tentang atur cara majlis, di sebabkan aku ni kira orang penting dalam majlis tu nanti harus la aku menyibukkan diri kan.

AKU : kakak atur cara majlis nak buat macam mana ek? Malam tu b4 nikah tu nak buat ape2 x?

KAKAK : kita buat malam berinai, lepas tu kita pukul gong buat mini party untuk family.

AKU : x mahu buat bacaan al-quran ke?

KAKAK : Aa’ la

Tetiba je suasana senyap aku dgn tunang akak berpandangan sesama sendiri. Nak la juga aku cakap tapi takut die kecik hati. Tapi sebab dah tak boleh tahan aku luah kan juga lah.

AKU : aa ko nak baca surah ape?

KAKAK : mmmmm…

( aik senyap pulak dia ni .. Tu dalam hati aku la )

AKU : hah aku tau ko baca la ALIF.. BA… TA… sampai TSA ko tanya aku

Tunang akak dengan akak ikut gelak.. dah tu la penangan orang yang buta Al-Quran.  Memang agak memalukan kalau tak reti baca Al-Quran, tpi jangan la malu kan if betul-betul nak belajar. Malu sesat jalan. Saya percaya ramai orang yang tak begitu reti nak baca al-Quran. Moh la kita belajar baca sesama

Thursday, June 14, 2012

lagu cinta

my own design jangan pandai2 cilok dr sini ye.. kalau nak kena bg credit on this blog

Ok dari pagi lagi aku sentiasa terfikir benda ini, betul ke lagu mempengaruhi emosi semasa pendengar .. ye la kalau putus cinta mesti nak dengar lagu putus cinta dalam 4 lima kali sehari.. pas tu boleh plk terasa lagu itu memang di dedikasi kepada empunya diri, dan dan plk air mata  bertakung di tubir mata ewah..hahaha kelakar pulak kan.. tapi saya pernah mengalami benda macam nie.. alah sesiapa pun pernah merasa proses mendewasakan diri.. ni jadi masa umur kanak2 rebena dulu la.. time tu berkenan dengan seorang budak lelaki sekali lagi budak ni da ada mak we.. waaaa asyik kena reject je ni, ye lah aku sedar siapa diri ini kan dah lah hitam legam, pas tu ketot, belajar pun x pandai masa tu..dalam kesedihan tu aku pun layan la lagu2 rock kapak.. balada .. dan seangkatan dengannya yang penting jiwang  tangkap leleh punya lah. Lama juga lah aku berkabung dengan lagu2 menyayat jiwa ni sampai mak aku boleh hafal lirik2 lagu nie semua. Siap tahu arrangement lagu2 ni. Oh my mum sangat sporting.. kalau ada di antara cousin2 aku dalam dilema percintaan my mum jadi dr love. Cuma aku je la yang x pernah cerita kat mak.. kang tak pasal2 die buat laporan khas setebal 2000 muka surat untuk abang aku.. masa tu gerun la dengan abang, bayangkan kalau nak potong rambut pon kena tunggu abang balik x de org boleh sentuh rambut aku nie. Kalau abang balik 3 tahun sekali maka rambut aku pon akan panjang macam ekor kuda.. siap mengeluarkan hasil2 lagi but NO KUTU ye.  

Saat2 indah bercinta tiga bulan pertama je, ketika tu orang tengah mengenali hati budi masing2. Kemana2 je mesti berkepit, kalau boleh nak g toilet pon nak si dia temankan kan.. mula la menengar lagu2 cinta yang tengah bersemarak contoh here waiting for you ke..hero ke… aku cinta pada mu ke..delova ke.. sedang ingin bercinta ke.. dewi ke.. haih banyak lah lagu2 yang saling bersangkut paut hati tengah bernyanyi senang.. aku masih ingat lagi masa cousin aku dapat surat cinta pertama dari budak kampung, tetiba terkantoi plk surat tu sampai kat tangan mak dulu.. die panggil aku dengan cousin datang kat beranda then baca surat tu sambil tergelak2, muka cousin aku merona merah time tu tapi masih tersimpul senyuman.. malu2 kucing katakan .. ye lah sampai sekarang even my cousin tu dah kawen  ayat2 dalam surat tu sentiasa menjadi bahan usikan kepada anak2 sedara yang lain. Hantaran meninias.. hahahahhaha sorry Lynda termasuk plk nama ko kat sini.. cannot do anything with this memory
ok meh kit kongsi lirik lagu yang mencengkam jiwa aii buat masa kini :
HYPER ACT
Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya
http://www.youtube.com/watch?gl=MY&v=qc9VWLOpiAk

Tuesday, June 12, 2012

gifted mind

aku ni tak de la creative sangat tapi boleh la kalau setakat nak hias biasa-biasa. i sebabkan aku kebosanan tahap gaban plus demam sakit gigi aku pon buat la benda ni kan.. walu pun x seberapa ok la untuk majlis yang simple.. ada kawan2 yang cadngan buat berniaga menda ni tapi haish malu la nak jual bukan hebat sangat. kalau di tanya kawan2 aku mesti diorang tahu aku suka kan benda yang simple2 je.. ok la x mo nak membebel banyak tapi tgk la.. hasil tangan ku ini pls jangan kutukorang baru belajar katakan ...


Celebrity of the month

Iman Maulana Isyushua

wah bukan main seronok lagi hati ini bila bertemu ramai Celebrity kat setia alam last two days ago, apatah lagi aku dapat join rombongan cik elly membeli belah,lasak di hanya Allah je yang tahu. Laju je berlari x hairan la cik puan elly ramping sentiasa. Kedua2 putera beliau begitu aktif ke sana ke mari.  This two boys suke dengan kereta yang kena isi coin. X payah pegang2  the elder one very independent , kalau kita suh cari toys yang die suka.. laju je die mencari siap lari sekuat hati silap2 tak terkejar budak kecik nie.  lihat saja aksi dua putera beliau yang begitu lasak. Antara celebrity yang terkenal aku temui adalah :


Elmo


Dora


Barnye


Pororo

Iron man
Gloria Madagascar

Barbie

kalau da sampai kat area toys memang banyak ragam la kan tapi yang aku suke tu bila suh anak elly buat senyuman mengoda.. tapi kalau teleti balik senyuman tu da macam terhidu bau busuk

inilah senyuman menawan iman maulana
tapi di sebalik toys tu aku tertarik dgn yang satu ini, aku punya lah ralit dok belek benda ni dari tadi kan siap senyum2 seorang hehehehe cube tengok ni super duper awesome.
tada my camera by big bird :) cute kannnn
hwat mommy still slim with two boys.

the state of 9

my sis kate ini buah dokong.. tapi bagi aku ni buah langsat

ni Laici King

Singgah sebentar :) sempat juga beta paw my sis
berjalan-jalan ke pekan nilai, memang memberi pengalaman yang bernilai bagi sesiapa yang suke bershopping.. satu hari x kan habis mengunjungi deretan kedai yang menjual pelbagai fabrik dan persiapan perkahwinan,.. aik jangan buat spekulasi ye. bukan i yang mahu buat persiapan tapi i kena tolong my sis for her wedding end of this year.. mcam-macam yang korang boleh jumpe kat sini, kain pasang, baju melayu dan baju pengantin toksah nak kate...  pelbagai jenis  fabrik tetapi baju pengantinya rata-rata made in indonesia. sulaman die cantik.. cuma yang muskilnya kebanyakan peniaga kat sini dari Pakistan.. cm mana diorang boleh buka perniagaan kat sini, secara besar-besaran plk tu siap  .. saudara mara semuanya di angkut ke Malaysia. baru aku perasaan nilai satu fabrik die murah sikit di bandingkan dgn nilai 3, tapi nilai 3 barang hantaran sangat murah berbanding nilai 1 & 2. sempat juga ke kedai menjual floral, tapi betul lah barang yang tak de tanda harga memang sangat menyusahkan  pelanggan, nak beli pun takut2 sebab tak tahu harga sebenar lagi satu takut lari budget, ada sesetengah kedai tu sengaja meng-up kan harga barang agar berlaku tawar menawar , mungkin salah satu strategi untuk mengelakkan kerugian.
Pilih- pilih

Kompang di palu pengantin baru


kepada korang yang nak ke Nilai 1,2,& 3 rajin-rajin la menawar harga. tolong listkan barang ape nak beli agar tidak berbelanja berlebih-lebihan. insyallah diorang ni x kedekut pun.. tak pun berlatih la untuk menawar harga, supaya korang dapat best price..hmm meh sini kita kongsikan pic yang sempat saya rakamkan.. lagi satu adalah lebih baik datang ke hujung minggu sebab harganya lebih murah berbanding hari bekerja.. trust me. oh ya, jangan terlalu bossy ketika membeli barang berikan senyuman agar mereka terbuka hati memberi kita harga yang menarik.

Bakal Abang Ipar

Monochrome Cloth


Kalau mak Jemah berminat boleh lah tgk collection ini

Labuci blink2

Pilih2 colour

kerongsang mak timah

Bakal pengantin perempuan

boleh jadi gile lah tg tudung merata





ingatkan warga Malaysia rupanya org myammar

Monday, June 11, 2012

KPJ Dating



Malang tidak berbau, kalau berbau dah lama orang akan mencari ikhtiar menghalang malang dari melanda diri masing-masing. Kisah ni dah lama rasanya tapi saja nak share pengalaman mcm mana rasanya duduk di hospital. Berdate dengan doktor-doktor yang berusia tapi still handsome hehehehehe.. ni kisah rentetan  aku p Port Dickson dua bulan yang lepas.. alah kisah aku jatuh hari tu la.. kaki aku ni bertukar jadi blue hippo, langsung x blh nak gerak.. berjalan pon terincut2..
Tag... Tag me

Breakfast nampak mcm special kann

Hari Pertama

Feeling agak-agak tak suke duduk hospital tapi di sebabkan keesokan hari nya aku kena buat MRI scan terpaksa lah kan,  jam 9 malam baru aku chek in kat hospital .. sempat ga aku menjamah anis sup utara.. kesian cik siti terpaksa bermalam kat rumah aku without me, x sempat la bergosip sakan.. setakat usik mengusik je la.  Masuk je at wad yang di tempatkan aku da mula risau.. memandangkan suasana hospital agak scary. Dalam bilik aku tu di khaskan untuk empat orang tapi ada tiga pesakit je yang ada maknanya ada satu katil kosong, katil tu pulak betul2 bertentangan katil aku. Kesemua katil dipisahkan dengan langsir dan mempunyai tv  14 inci, siap dengan astro J.. sebelah katil aku ada seorang makcik berketurunan Melayu,  and katil yang bertentangan makcik tu orang india.. ok lah relex la sikit sb aku x ke seorangan kat wad tu.. 
Nurse tu cakap kat aku thick meat :)

Hari Kedua

Pagi2 lagi aku da kena puasa sb nak buat MRI and ujian darah, tetetiba nurse bawa wheel chair kat aku diorang nak hantar ke bilik MRI.. time scanning MRI tu aku boleh pl tertidur, even mesin tu bising, kalau tengok macam pembakar roti plk benda ni.. balik je dr chek up tadi Makcik Melayu yang dok sebelah katil aku tu dah chek out , tinggal aku dgn makcik india.. x lama tu DR Askandar pakar neurologi datang then buat marking kat lutut ku yang comel nie.. siap kate nanti kite nak teropong lutut.. kepala aku plk fikir, cam ne nak teropong lutut…. Dri jam 8.30 pagi sampai jam 4.30 ptg aku still berlapar sb jap g aku kena buat minor surgery. bila minor surgery siap ni la rupa lutut hamba.
ni rupa lutut ku yang di teropong oleh DR ASKANDAR

Hari Ketiga

Waaa……. Makcik india tu nak balik plus aku x makan lagi pihak hospital lupa nak kasih aku makan. Masa nurse ambil bacaan suhu badan sempat juga aku tanya dalam hospital yang besar ni berapa orang pesakit yang ada.. selemba je nurse tu cakap 10 orang.. mak aii hospital punya besar sekali lagi 10 orang je pesakit yang ada.. kalau makcik india tu bla mean tinggal la aku seorang.. time tu mula la terbayang cerita Thailand fasal hantu yang roh berganti..  argh tak boleh jadi if aku dok hospital aku jadi malas, asyik tidur je.. yang sakit lutut tapi if terbaring je macam ni mau sakit satu badan. Hm aku terus call kakak suh pick up aku kat hospital… confident je blh kuar kan padahal DR Askandar x kate ape lagi. Tapi aku minta Dr Kuarkan aku dari tempat nie.. setelah di uji kaji memang sah aku boleh kuar dari hospital nie.. yesss good bye scary hospital. Tapi aku kena tunggu 3 jam untuk pihak hospital settelkan urusan dengan insurans. Bila aku register keluar je aku pon dapat la amount rasmi dari pihak KPJ tuh dia nasib baik insurance cover kalau x,… jual si milo pon belum tentu boleh bayar bil hospital  TERIMA KASIH GREAT EASTERN x sia-sia aku jadi pelanggan ko.. hari ini anda membuktikan  kemampuan anda.

The Bill

Mak aiii Mahal nyer

Mujur Ada Magic card ni with the LOGO


Kaki ai dah sembuh :)